Tuesday, January 26, 2016
Tiada Paksaan Untuk Singkirkan Mukhriz Mahathir
Desas-desus yang menyatakan bahawa ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di
Kedah telah dipaksa untuk menandatangani surat akuan hilang kepercayaan
terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, hanyalah satu berita
palsu yang sengaja disensasikan.
Langsung tidak timbul perihal paksa memaksa dikalangan Adun Kedah.
Kononnya ada berita yang menyatakan mereka ini dipaksa untuk tanda
tangan, malah ada diantara mereka yang ditawarkan dengan beberapa habuan
sebagai ganjaran kepada tindakan tersebut. Bagi ganjaran apa, tak pasti
pulak Gomez..
Sebenarnya 19 daripada 21 Adun Barisan Nasional (BN) yang terdiri
daripada Adun dan ahli Parlimen Umno Kedah telah menandatangani akuan
tersebut dengan rela hati. Mereka berbuat sedemikian bagi menunjukkan
rasa ketidakpercayaan dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan menteri
besar Kedah. Bukan itu sahaja, pemimpin kanan Umno negeri juga turut
tidak berpuas hati dengan Mukhriz.
Kesemua mereka bertindak atas kerelaan mereka sendiri, bukannya atas
dasar hasutan atau sogokan. Mereka memilih untuk berbuat sedemikian demi
untuk merubah kepimpinan di negeri Kedah supaya menjadi lebih baik.
Bukan berniat mahu timbulkan pergaduhan atau kekecohan dalam politik
Kedah.
"Nak sign signlah...kena ada keberanian. Anda YB, takde paksa, rela...YB kena ada stand (pendirian), itu baharu wakil rakyat.
"Bukan yang boleh ditolak ke tengah ke tepi," kata Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Krisis politik di Kedah menjadi panas apabila Mukhriz Mahathir ditekan
hebat oleh Adun, ahli Parlimen Umno Kedah dan pemimpin kanan Umno negeri
yang diketuai Ahmad Bashah. Mereka dengan secara telus telah
menyuarakan rasa ketidakpuasan hati dan hilang kepercayaan terhadap
kepimpinan Mukhriz.
Mereka menuntut supaya Mukhriz digugurkan dari jawatan menteri besar dan
pengerusi badan perhubungan Umno negeri, dan memberi peluang kepada
pemimpin lain untuk memerintah.
Malah bagi menyelamatkan Kedah dari terus mundur, Ahmad Bashah bersama
sebahagian besar kepimpinan Umno Kedah mengambil keputusan untuk
berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur
Jumaat yang lalu.
Langkah drastik itu diambil bagi membendung wabak tidak bertanggungjawab
seorang pemimpin. Tindakan tersebut diambil bagi melakukan perubahan
dan memberi kebaikan secara menyeluruh kepada rakyat di negeri kedah.
"Kami bukan hendak bergaduh tetapi hendak baiki. Kami hanya minta perubahan untuk kebaikan.
"Bukan saya seorang, tetapi 14 (daripada 15) ketua bahagian. Saya cuma timbalan pengerusi kena bawa hasrat semua," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment