Friday, January 29, 2016
Jangan Mimpilah Pakatan Harapan Nak Tawan KEDAH
Desas-desus mengatakan Pakatan Harapan (PH) bakal mengambil kesempatan
untuk menawan Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ekorang
kemelut Menteri Besar yang melanda.
Walaupun PH sedang mengimpikan untuk menawan Kedah pada PRU akan datang,
Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar menyedarkan PH dari mengimpikan
untuk menguasai kerajaan Kedah, dengan mengatakan PH tiada peluang untuk
menawan Kedah walaupun Umno Kedah mengalami krisis pada hari ini.
"Peluang PH merampas kerajaan Kedah dari BN itu bergantung kepada
kebijaksanaan pembangkang, jika mereka tidak bersatu saya tidak nampak
ada peluang yang baik untuk pembangkang menang.
"Sebab saya lebih melihat kepada bagaimana penyatuan dikalangan parti
pembangkang itu. Sekiranya mereka boleh bersatu, peluang untuk menawan
kembali Kedah dari BN agak cerah," kata Mahfuz.
Seperti sedia maklum, PH sememangnya suka mengambil kesempatan atas
masalah yang melanda parti lain. Lihat sajalah masalah bekas rakan
sekutu PH, Pas yang kini terkapai-kapai bersendirian selepas ditendang
oleh PKR dan DAP dari gabungan Pakatan.
Malah, mereka bertindak lebih kejam dengan mengizinkan pemimpin serpihan
Pas untuk menubuhkan sebuah parti Islam yang baharu, untuk menggantikan
Pas dalam gabungan parti pembangkang.
Kini, PH cuba mengambil kesempatan dengan isu masalah Umno Kedah yang
menggesa Perdana Menteri untuk menukar Menteri Besar Kedah yang baharu
selepas banyak Umno Bahagian hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar
dengan menyusun strategi untuk menawan Kedah.
Walaupun Umno Kedah mempunyai kemelut yang menjadi bualan semua pihak,
ini tidak bermakna bahawa PH mampu menawan Kedah pada PRU akan datang.
Kemelut yang sedang melanda ini bagi memastikan Umno terus kukuh di
negeri itu.
Jadi, PH disarankan untuk melupakan hasrat mereka itu kerana rakyat
Kedah tidak sama sekali akan menyokong PH yang diketuai parti cina
racist, kerana rakyat Kedah tahu bagaimana keperitan hidup seorang
rakyat berdasarkan di negeri kejiranannya iaitu Pulau Pinang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment