Ramai yang mencebik dan mencemuh kenyataan Peguam Negara bahawa
beliau berpuas hati bahawa Dana Berjumlah RM 2.6 bilion tersebut
merupakan sumbangan Keluarga Di Raja Arab Saudi, justeru tiada asas
membuat tuduhan penyelewengan.
Kenyataan Peguam Negara Malaysia ini mendapat liputan seluruh dunia.
Adakah keluarga di raja Arab Saudi akan berdiam diri jika kenyataan
Peguam Negara Malaysia mengenai sebahagian wang derma RM 2.6 bilion
tersebut dikembalikan kepada mereka adalah tidak benar?
Jika ia satu pembohongan sudah tentu kita akan mendengar berita penafian tersebut nanti.
Jika
tiada penafian maka tentulah benar dakwaan bahawa wang tersebut
merupakan derma politik daripada keluarga di raja Arab Saudi. Mustahil
untuk Keluarga Di Raja Arab Saudi akan mendiamkan diri jika mereka
dikaitkan dalam satu kenyataan yang tidak benar.
Berikut Kenyataan Peguam Negara mengenai dana RM 2.6 bilion
1. Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang
dikatakan berjumlah “RM2.6 bilion” yang dimasukkan ke dalam akaun YAB
PM, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen
sokongan yang dikemukakan oleh pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa
dana yang dimasukkan ke dalam akaun YAB PM berjumlah USD681 juta
(RM2.08 bilion) di antara tarikh 22.03.2013 dan 10.04.2013 adalah
merupakan sumbangan peribadi kepada YAB PM daripada keluarga diraja Arab
Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa apa-apa balasan.
2. Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan telah menemui dan merakamkan
percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang
mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada YAB PM secara peribadi.
3. Saya berpuas hati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa
dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah.
Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut
diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak
melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau
sebagai seorang Perdana Menteri.
4. Tambahan pula, dalam bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah USD620
juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh YAB PM kepada
keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
5. Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan
yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tidak terzahir apa-apa
kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.
6. Berhubung perkara ini juga, saya juga berpuas hati bahawa tiada
keperluan bagi Malaysia untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam
perkara jenayah (mutual legal assistance) kepada mana-mana negara asing
bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan oleh pihak
SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung
sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment