Friday, January 29, 2016
DAP Tolong Audit Kos RM30 Juta Cat Laluan Pejalan Kaki Dan Basikal Dahulu!
KUALA LUMPUR : Mengapa perlu mencampuri urusan institusi
kewangan hak milik Islam sepenuhnya itu dan sepatutnya parti Dap
menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengaudit kos mengecat laluan
pejalan kaki dan basikal yang bernilai RM30 juta di negeri berkenaan,
bidas Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Datuk Norliza Abdul Rahim.
Menurut beliau, rupa-rupanya prinsip kecekapan, akauntabiliti dan
ketelusan (CAT) yang dilaung-laungkan oleh Dap hanya akan ‘terpakai’
oleh mereka apabila melibatkan orang lain, tetapi tidak diamalkan
sebenar untuk mereka sendiri.
“Lebih prihatin dengan kewangan orang lain sedangkan kewangan
sendiri? Bajet Pulau Pinang yang lapan tahun berturut-turut mengalami
defisit adakah tidak mahu diaudit?
“Untuk rekod, Bajet 2009 defisit RM39.4 juta dan angka semakin melebar ke RM292.1 juta bagi tahun 2016.
“Bukan sesuatu yang pelik taktik pembangkang terutama Dap sekarang
ini yang sekian kali mencuba untuk menyerang institusi kewangan Islam
dan Bumiputera sepertimana sebelum ini membina persepsi negatif seperti
terhadap Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapiem), Pusat
Zakat dan Majlis Amanah Rakyat (Mara),” katanya kepada pihak media.
Baru-baru ini dilaporkan, Timbalan Bendahari Agong Dap, Nga Kor Ming
berkata, audit yang telus wajib dibuat ke atas Tabung Haji, hanya kerana
merujuk kepada notis nasihat daripada Bank Negara kepada institusi yang
menjaga kebajikan dan kepentingan umat Islam itu di negara ini untuk
menunaikan ibadah haji.
12.5 kilometer untuk RM30 juta, bermakna satu kilometer berharga
RM2.4 juta! Itu yang sepatutnya Dap audit, tegas Norliza lagi yang juga
merupakan Ahli Dewan Negara.
“Ada baiknya juga Dap menasihati rakan sekutunya di Selangor supaya
sama-sama mengaudit kos baik pulih pintu gerbang Kota Darul Ehsan di
negeri itu yang menelan belanja hampir RM10 juta.
“Sebenarnya juga Dap lebih berminat memburuk-burukkan orang lain
kononnya korupsi, tidak amanah tetapi mereka yang sebenarnya yang
bertindak sedemikian.
“Jika tidak, mengapa diam seribu bahasa apabila dibangkitkan isu dana
RM1.2 bilion oleh Israel sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13
sebagaimana pendedahan yang dilakukan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan
Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang mendesak supaya Dap menafikan dakwaan
tersebut hasil pembongkaran daripada Mohamed Razali Abd Rahman, bekas
Setiausaha Organisasi Dap sendiri,” katanya.
Norliza turut menimbulkan persoalan adakah mereka ini ada integriti
jika pemilihan di peringkat pusat sebelum ini pun mereka boleh salah
kira.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment