Friday, January 29, 2016
Agenda Bumiputera Kini Diangkat, Diiktiraf Di Persada Dunia
PUTRAJAYA : Agenda Bumiputera bukan lagi satu agenda nasional,
sebaliknya kini sudah diangkat dan diiktiraf di persada dunia, kata
Datuk Seri Najib Razak.
Sehubungan itu, tegas Perdana Menteri, tidak timbul sama sekali tuduhan
oleh sesetengah pihak kononnya kerajaan berkompromi tentang soal
kedaulatan negara ketika berunding dengan anggota-anggota Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang menyaksikan perjanjian itu
diluluskan di Dewan Rakyat, semalam.
“Kita tidak bersifat apologetik dalam mempertahankan agenda Bumiputera ketika berunding dengan anggota-anggota TPPA.
“Malah, ketahuilah bahawa hasil kesungguhan dan ketegasan kerajaan dalam
proses perundingan, akhirnya, anggota-anggota TPPA telah menerima dan
mengiktiraf Dasar Bumiputera sebagai sebahagian daripada terma-terma
TPPA di peringkat global,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 di sini, Khamis
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment