Friday, January 29, 2016
Ada Hati Nak Jadi Ahli Majlis Aziz Bari Rupa Rupanya DiTolak....Malulah Sikit !!!
PETALING JAYA : Kegagalan dua bekas ahli PKR, Dr Abdul Aziz Bari dan
Abdul Razak Ismail menjadi ahli majlis kerajaan tempatan adalah
disebabkan masalah teknikal, kata Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi
Shafie.
Beliau dalam pada itu menafikan penolakan pelantikan kedua-dua calon itu kerana merupakan bekas ahli parti PKR.
Aziz sepatutnya mengangkat sumpah sebagai ahli majlis Majlis Ampang Jaya
(MPAJ) atas kuota DAP, namun tidak dapat berbuat demikian berikutan
namanya tiada dalam senarai.
“Siapa kata kita tolak (sebab mereka bekas ahli PKR), itu maklumat
palsu, di peringkat awal kita punyai 30 nama ahli majlis yang banyak isu
dibangkitkan dan daripada jumlah itu kita sudah selesaikan 16 nama ,”
katanya dipetik The Malaysian Insider.
Beliau berkata, PKR mempunyai 14 nama ahli majlis bagi kerajaan tempatan
dan menjangkakan minggu depan pimpinan parti akan dapat mengesahkan dan
mengeluarkan senarai sah pelantikan ahli majlis.
“Daripada 14 ahli majlis yang perlu untuk kita sahkan dan daripada jumlah itu 2 darinya ialah dari (DAP), 4 (PAS) dan 8 (PKR).
“Ianya bukan sebab penolakan ianya lebih kepada masalah teknikal yang libatkan beberapa perkara yang kita tak boleh umumkan.
“Namun saya yakin dalam minggu depan kita boleh selesaikan secara
berperingkat dan rasanya kalau berlaku beberapa perubahan ia tidak
melibatkan jumlah ahli majlis yang banyak, hanya sedikit saja,” katanya.
Terdahulu, Aziz yang juga pensyarah undang-undang mengesahkan nama
beliau tidak ada dalam senarai ketika membuat semakan di pejabat MPAJ,
Khamis lalu.
Penolakan Aziz sebagai ahli majlis dipercayai dibuat berdasarkan isu
teknikal memandangkan beliau tidak tinggal di kawasan Ampang Jaya tetapi
di bawah kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment