Tuesday, January 26, 2016

Dana RM 2.6 Billion : Arab Sah Tak Gila, Siapa Yang Gila Sekarang?

EDITOR MENULIS...
26 JANUARI 2016
donation
Melainkan agensi berita antarabangsa seperti BBC ini sudah jadi milik UMNO/BN dan ada pulak bukti bagi mengesahkannya, selamatlah untuk dikatakan disini bahawa Arab tidaklah gila bila bagi derma berbilion ringgit (atau beratus juta USD) kepada sesiapa sahaja yang dimahukannya.

Tun Mahathir kata sebelum ini Arab gila saja yang bagi berbilion RM derma.

Ikut laporan BBC, pandangan itu sebenarnya salah. Adalah biasa bagi kerajaan Arab memberikan berbilion sumbangan kepada sesiapa yang mereka mahu.  Lebanon dapat, Sudan dapat, Maghribi pun dapat, itu yang didedah, yang tak didedah entah berapa banyak.

Hanya sebab Mahathir tak pernah dapat derma dari Arab sepanjang 22 tahun memerintah, jangan pulak cemburu bila orang lain dapat.  Lebih dari itu, jangan fitnah kata duit itu dari 1MDB. Sekarang semuanya sudah terbukti, untung Najib tidak pangkah awal-awal, sebaliknya serah perkara ini untuk disiasat, kalau tidak lagi teruk kerosakannya kepada Mahathir dan pembangkang.

Jadi, persoalan yang tinggal sekarang, siapa yang sebenarnya gila, Arab ke Mahathir?  

Jangan kata Datuk Seri Najib Tun Razak pulak (sebab pulang balik RM 2 billion), beliau orang baik, apa yang tak perlu, dipulangkan kembali.  Itu ciri-ciri orang mulia.

Apa pun, Mahathir betul ‘gila’ kalau tak minta maaf dengan Najib sebab tuduh wang itu dari 1MDB, itu dah pasti.  Dosa dengan Allah swt boleh minta ampun, tak kisahlah sebesar mana, dosa dengan manusia, kena manusia yang difitnah itu maafkan, kalau tak ia kekallah sampai ke sudah.

Buatlah apa yang patut. Melainkan tarikh bila nak berpindah ke alam lain, semua perkara yang lain boleh dirancang.  The Mines ke Putrajaya tidaklah jauh, boleh rancang untuk diadakan perjumpaan dan meminta maaf.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s320/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment