Friday, January 29, 2016
Pekerja Boleh Pilih Kekalkan Kadar Caruman KWSP Pada 11%
KUALA LUMPUR : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memaklumkan
pekerja boleh membuat pilihan untuk mengekalkan kadar caruman syer
pekerja pada 11 peratus dengan melengkapkan Notis Pilihan Mencarum
Melebihi Kadar Berkanun.
Menurut kenyataan KWSP pada Khamis, pekerja boleh memuat turun Notis
KWSP 17A Khas 2016 di laman sesawang www.kwsp.gov.my mulai 2 Februari
2016 dan ia perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk
diserahkan kepada pejabat KWSP berhampiran.
Semasa membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya hari ini,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengurangan kadar
berkanun caruman syer pekerja kepada lapan peratus daripada 11 peratus
untuk pekerja di bawah 60 tahun.
Sementara itu, caruman syer pekerja berumur 60 tahun ke atas pula dikurangkan kepada empat peratus daripada 5.5 peratus.
Penurunan kadar tersebut akan bermula pada gaji bulan Mac 2016 sehingga bulan Disember 2017.
Jadual baharu Kadar Caruman Bulanan boleh dimuat turun mulai 16 Februari 2016.
Menurut KWSP, tiada perubahan pada kadar caruman berkanun syer majikan
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment