Friday, January 29, 2016
TPPA : Kenapa Tidak PERKASA Anjurkan Pertemuan Bersama Menteri?
Isu TPPA sudah lama berlarutan, yang mengakibatkan wujud
kumpulan-kumpulan penentang yang membantah berdasarkan tuduhan-tuduhan
tertentu. Anehnya, tuduhan-tuduhan ini wujud semasa berbincangan
berkenaan TPPA belum lagi dimuktamadkan.
Antara yang lantang membantah TPPA ialah PERKASA, pimpinan Ibrahim Ali.
Dari awal kemunculan PERKASA untuk membantah, sehinggalah ke himpunan
bantah TPPA di Padang Merbok baru-baru ini, NGO yang mendakwa
mempertahankan hak-hak orang Melayu ini dilihat sangat konsisten dengan
bantahan mereka.
Apa yang penulis lihat, PERKASA sangat aktif untuk hadir ke
program-program yang membantah TPPA. Bagaimana pula dengan program
penerangannya?
Sangatlah molek, jika PERKASA bertemu dengan pihak Menteri atau
agensi-agensi yang bertanggungjawab, bagi mendapatkan penerangan
berhubung TPPA. Setelah dengar, lihat dan kaji itu, barulah mengambil
keputusan samada menyokong TPPA atau membantah. Sekurang-kurangnya, ia
dilihat lebih professional dan mengenepikan sentimen-sentimen lain yang
turut dilihat menjadi punca mengapa TPPA itu dibantah.
Jika punya sentimen apa sekalipun, cubalah bersikap adil kepada diri
sendiri, dan juga golongan yang didakwa diperjuangkan. Jika hanya aktif
di pihak yang membantah, bukanlah ia dilihat bersifat satu hala dan
berat sebelah dalam menentukan baik buruknya TPPA itu.
Melalui laman webnya, sebelum ini PERKASA sendiri mengakui akan bertemu
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Wahid Omar pada 30 Julai
2015 untuk membincangkan tentang agenda Bumiputera sebagai agenda
Nasional. Mengapa tidak mengambil pendekatan yang serupa ke atas TPPA?
Jumpa, dengar, dan bincang dan kemudian kaji. PERKASA pun bukan
calang-calang ahlinya, terdiri dari bijak pandai juga.
Cuma, janganlah melulu sebelum dengar dari kedua-dua pihak.
Pembangkang terkenal dengan sikap “bangkang dari longkang”, janganlah hendaknya PERKASA nanti dilabel sedemikan juga
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment