Tuesday, January 26, 2016
Datuk Bashah Adalah Hero sebenar Di Negeri Kedah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah layak dipanggil hero sebenar kerana
dengan jasa murni beliaulah UMNO berjaya menawan kembali negeri Kedah
dari PAS. Beliau bertungkus lumus dan berusaha untuk merampas kembali
Kedah daripada taklukan Pas sebelum ini.
Walaupun rakyat Kedah menganggap Bashah sebagai ketua pemberontak kerana
mengadakan sidang media bersama pemimpin UMNO di negeri itu, bagi
melahirkan rasa hilang keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar,
Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Namun rakyat Kedah sebenarnya sudah lupa
bahawa jasanya lebih besar daripada Mukhriz.
Beliau banyak berjasa dalam membantu UMNO untuk merampas semula Kedah
pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu. Oleh sebab itu lah beliau
sememangnya layak untuk menggantikan tempat Mukhriz sebagai Menteri
Besar Kedah.
Jika diulang kembali sejarah lama, dahulunya beliau dilantik sebagai
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri pada 2011. Manakala Mukhriz pula
yang ketika itu merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri. Tetapi telah dilantik menjadi timbalan kepada Ahmad Bashah.
Selepas kejadian Kedah dimonopoli dan dikuasai oleh pegangan Pakatan
Rakyat, Ahmad Bashah menjadi tulang belakang dalam merangka rancangan
dan menyusun gerak kerja sebagai serang balas untuk merampas kembali
kedudukan.
Pelbagai strategi dan pelan-pelan bernas diatur bagi menyatu padukan
kembali kekuatan UMNO Kedah dan seterusnya melancarkan serangan merampas
kembali Kedah. Masa tu Mukhriz kan jadi Timbalan Menteri, jadi kerjanya
lebih tertumpu di Kuala Lumpur, lupa seketika Mukhriz mengenai
kejatuhan UMNO Kedah.
Dengan peluh keringat yang diketuai Ahmad Bashah, bersama bantuan
ketua-ketua UMNO bahagian, sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Mereka tidak
putus-putus membantu dan bekerjasama dalam merialisasikan hasrat mereka
untuk menjadi 'winnable state'.
Dari satu strategi ke satu strategi diatur, dari program kecil hinggalah
ke program besar. Melawat orang sakit, kematian hinggalah ke program
memupuk perpaduan ahli UMNO hingga ke gerak kerja pilihan raya seperti
sistem bilik dan maklumat pengundi, telah dilaksanakan.
Akhirnya usaha Ahmad Bashah membuahkan hasil apabila Barisan Nasional
(BN) berjaya menawan semula negeri Kedah pada PRU 13. BN memperolehi 21
kerusi, PAS (sembilan), PKR (empat) dan DAP (dua). Tidak cukup dengan
itu, Ahmad Bashah juga sanggup bekorban demi memberi laluan kepada
Mukhriz apabila beliau dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Kedah dan Menteri Besar.
Manakala Ahmad Bashah hanya menjadi Timbalan pengerusi UMNO negeri.
Semua ini dilakukan demi Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang
mahukan Mukhriz sebagai Menteri Besar. Langsung tidak protes atau
merajuk.
Pengorbanan besar Ahmad Bashah mendapat pujian melambung dari Najib.
Amat sukar untuk mendapat pemimpin yang sanggup bertolak ansur macam
Ahmad Bashah.
“Datuk Bashah dia berkorban bila saya kata saya nak pilih Datuk Mukhriz
jadi Menteri Besar. Dia bagi laluan. Dia tak ada nak protes apa- apa.
Dia tak protes, dia tak merajuk, dia tak apa-apa. Tapi dia kata,
tengoklah Datuk Seri, apa yang patut diberi sekarang. Itu sahaja Datuk
Seri. Apa- apa saja. Jangan lupa saya. Itu sahaja. Ini cerita benar.
“Dia korbankan pengerusi perhubungan disebabkan saya presiden parti yang
membuat keputusan. Maka dia mengikut sahaja. Dia terima sahaja. Ini
semua puak- puak penerima (perwakilan). Inilah ‘team work’ kita. Bila
ada ‘team work’ Umno menang. Semua kita akan ‘control’ dan kita boleh
menang lagi pada pilihan raya akan datang,” kata Najib.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment