Tuesday, January 26, 2016
RM 2.6 Bilion Sudah Selesai, DAP Dan Lain-Lain Bila Lagi?
EDITOR MENULIS...
26 JANUARI 2016
Hari ini Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membuat satu
sidang media berhubung RM2.6 yang selalu disebut-sebut puak
pembangkang. Menyimpul kenyataan beliau secara ringkas, tiada sebarang
unsur jenayah berhubung dana dari Arab Saudi tersebut.
Saya yakin, semua pihak ada membaca kenyataan media dan laporan
berhubung dana yang diterima Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak
itu. Melihat pada reaksi pihak pembangkang terhadap kenyataan Peguam
Negara itu, kita dapat simpulkan mereka tidak berpuas hati.
Apakah perkara sebenar yang mereka mahukan? Kenyataan bagaimana yang
mereka mahu Peguam Negara katakan? Apakah sebenarnya yang mereka
harapkan dari hasil segala siasatan pihak berkuasa yang bebas dari kuasa
eksekutif dan pentadbiran itu?
Pada pandangan saya, mereka mahu dengar perkara yang menyedapkan
halwa telinga mereka sahaja. Mereka mahu kenyataan yang boleh dijadikan
modal politik untuk memburukkan Najib dan BN di mata rakyat.
Mungkin mereka mahu mendengar kononnya dana RM2.6 bilion itu Najib
berikan pada isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor untuk membeli-belah
barangan berjenama mewah di London, Paris, New York atau Negeri
Sembilan.
Mungkin juga mereka mahu dengar kononnya Najib belanjakan duit
berkenaan untuk kepentingan peribadi dan keluarganya melancong ke eropah
bagaikan raja menggunakan jet mewah, terbang ke Switzerland, New
Zealand, Netherland dan Cameron Highlands.
Mungkin juga mereka mahu dengar dari Peguam Negara kononnya waran
tangkap terhadap Najib dan keluarga beliau sudah berada di tangan dan
mereka akan ditahan serta dipenjara seumur hidup di penjara bawah tanah
di Guantanamo.
Pendek kata, apa yang diharapkan oleh puak-puak pembangkang itu
adalah perkara yang negatif dan menunjukkan kesalahan telah dilakukan
oleh Najib. Itu harapan dan kemahuan mereka.
Namun setelah diberikan 3 kertas hasil siasatan berhubung dana RM2.6
bilion, dibentangkan perkara yang benar, berfakta, berbukti dan
berkredibiliti, serta diputuskan bahawa tiada sebarang kesalahan
dilakukan, maka sudah tentulah mereka tidak berpuas hati.
Saya faham kehendak pembangkang di Malaysia. Mereka mahu perkara
negatif saja tentang Najib dan kerajaan BN. Di negara kita, puak
pembangkang sajalah yang ‘paling baik, tiada yang baik melainkan yang
baik-baik belaka’.
Pembangkang ‘tidak pernah’ terima wang derma? DAP sudah saman
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki? Parti itu
sudah saman bekas ‘komrad’ mereka, Mohamed Razali Abdul Rahman, yang
dikatakan pernah bertugas sebagai Pegawai Khas Lim Guan Eng?
Tempohari bersungguh-sungguh benar saya melihat DAP mengancam
untuk mengambil tindakan saman terhadap mereka. Atau selepas berakhirnya
kes dana RM2.6 bilion ini maka semua agensi pihak berkuasa perlu
bertumpu menyiasat kes DAP pula?
Tapi jika DAP disiasat SPRM, saya meminta supaya para pegawai
penyiasat itu tidak sesekali membawa mana-mana saksi kes ke premis SPRM
terutama ke ibu pejabat mereka. Saya bimbang sangat jika kes seperti
mendiang Teoh Beng Hock berulang lagi.
Bukanlah saya berburuk sangka pada SPRM, sebaliknya terdengar juga
desas-desus bertiup kencang yang mengaitkan insiden itu dengan ‘samseng
tunggu diluar pagar’, ‘kongsi gelap tunggu depan rumah’ dan ada pula
katanya ‘ada samseng yang begitu dan begini’. Biarpun tidak terbukti
sahih, saya cuma mengambil sikap berhati-hati saja tentang
kemungkinan tersebut.
Pada pandangan saya, kes dana RM2.6 bilion itu sudah selesai.
Tiada lagi dakwa-dakwi, muktamad. Lagipun, parti politik manalah yang
tidak pernah menerima suntikan dana dari pelbagai pihak?
Cuma yang menjadi persoalan yang tidak perlu ditanya ialah ‘dari
mana’, ‘dari siapa’, ‘berapa banyak’, ‘kepada siapa’, ‘bersyarat atau
tidak’ dan beberapa tanda tanya lain. Namun parti politik manakah yang
benar-benar berani untuk mendedahkan semua maklumat itu kepada umum?
Najib pernah bercadang untuk didedahkan segala maklumat semua parti
politik di Malaysia berkenaan persoalan-persoalan tersebut ketika
menjawab tohmahan RM2.6 bilion. Namun percaya atau tidak, DAP adalah
antara paling kuat membantah.
Mengapa bantah agaknya? Takut? Bimbang rahsia terdedah? Jika UMNO
berani, mengapa pembangkang takut agaknya? Mahu terus rahsiakan sumber
dana dari rakyat? Takut bocor? Rasanya Bank Negara ada segala maklumat
sulit berkenaan bukan? Apa kata jika digubal undang-undang untuk
didedahkan kesemuanya?
Dari mana DAP, PKR, Amanah dan PAS terima dana? Israel? China? Iran?
Siapa penyumbang dana terbesar? Soros? Wolfowitz? Tokoh komunis? PAP?
Agen Khomeini? Berapa bilion dolar AS agaknya? Kepada siapa disalurkan?
Bagaimana cara dan kaedahnya? Pasti menarik dan gamat!
Tapi itulah yang ditakuti dan dibantah pembangkang yang ‘menyalak’
tentang RM2.6 bilion setiap hari. Bila dikemukakan hasil siasatan,
mereka tidak mahu terima hakikat tiada sebarang kesalahan berlaku dari
sudut perundangan negara.
Begitulah perangai pembangkang di Malaysia, memalukan bukan?
Fikir-fikirkanlah...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment