Tuesday, January 26, 2016
Isu Derma: Tuan Ibrahim Perlu Selesaikan Tabung Memali dan Kohilal Dahulu
Diduga, dan dijangka,
Tuan Ibrahim meneruskan konsistensinya dalam menyerang UMNO, dan kali
ini, seperti yang disiarkan di sebuah portal, beliau mempersoalkan
bagaimana Najib membelanjakan RM570 juta hasil sumbangan dari keluarga
DiRaja Arab Saudi.
Mungkin Tuan Ibrahim tidak tahu, atau
mungkin tidak sempat membaca bahawa wang yang disumbangkan itu adalah
untuk kempen pilihanraya parti pimpinan Perdana Menteri Najib Razak. Itu
belum diambil kira kemungkinan beberapa perkara yang hanya diketahui
oleh si penderma, dan si penerima. Siapa Tuan Ibrahim untuk mengetahui
intipati perbincangan tentang sumbangan yang diberikan itu?
Apakah duit sumbangan itu duit rakyat?
Tentunya tidak, kerana ianya usaha seorang presiden parti untuk mencari
dana bagi membiayai kos pengurusan parti, dan juga hal-ehwal politik
kepartian. Jika duit itu milik rakyat, maka tidak salah untuk Tuan
Ibrahim Tuan Man bersuara. Malangnya, ia diamanahkan kepada Presiden
UMNO, untuk tujuan kempen pilihanraya parti UMNO dan mungkin Barisan
Nasional.
Portal BBC melaporkan, derma tersebut
diluluskan oleh Almarhum Raja Abdullah dan negara-negara seperti Jordan,
Sudan, Mesir dan Maghribi juga dilaporkan menerima sumbangan dana dari
keluarga DiRaja Arab Saudi. Apa yang dengki sangat tentang derma yang
diperolehi oleh Najib Razak?
Adalah lebih baik, Tuan Ibrahim
menumpukan usaha dan fokus kepada kutipan Tabung Memali yang tidak
diketahui jumlahnya. Bahkan, ke mana wang itu disalurkan, perlu juga
disiasat kerana kita juga mungkin salah seorang penyumbangnya. Wang hasil
derma rakyat, maka kembalikanlah hitam putih dokumentasi kepada rakyat,
yang ingin tahu. Jika tidak tahu di mana harus beliau bermula, maka
carilah insan bernama Cikgu Non, atau dikenali juga sebagai C.N.
Afghani.
Selesai isu Tabung Memali, Tuan Ibrahim
boleh pula melihat ke mana hilangnya deposit Kohilal, yang dalam bahasa
Jawa dibilang juga sebagai “Kok Halal?”. Kita pasti, ramai juga ahli
PAS yang mahu tahu misteri kehilangan yang telah lama menyelubungi
mereka.
Selesai Kohilal, Tuan Ibrahim boleh mula
mengadakan audit ke atas kutipan-kutipan derma yang dijalankan sepanjang
siri ceramah PAS.
Bukankah sifatnya sama, iaitu derma. Jika
Tuan Ibrahim Tuan Man berjaya menyelesaikan masalah-masalah pentadbiran
partinya sendiri, maka barulah beliau punya kredibiliti untuk
mempersoalkan derma yang parti lawan terima.
Bertaraf Timbalan Presiden PAS, tentunya
kita harapkan beliau seharusnya lebih kritis dalam mengutarakan sebarang
isu. Jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan Ustaz Nasharuddin
pada suatu waktu dahulu.
Bikin malu saja...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment