Friday, January 29, 2016
Kegagalan Pentadbiran Negeri Kedah Bukan Salah Mukhriz - Tun M
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih merasakan bahawa
anak beranak mereka suci, dan tidak tercalit langsung dengan
anasir-anasir jahat. Oleh disebabkan itulah Mahathir tidak mengaku
bahawa kegagalan pentadbiran negeri Kedah yang berada di bawah kuasa
anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bukan berpunca dari anak kandungnya
itu.
Malah Mahathir mendakwa kegagalan pentadbiran Mukhriz berpunca akibat
anaknya itu menjadi mangsa kepada ‘permainan politikus kotor’. Dakwanya,
semua ini berpunca daripada perperangan politik Kedah yang mendesak
Mukhriz supaya berundur dari jawatan Menteri Besar, dan Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Negeri.
Anaknya itu tidak salah!! Itu tegasan Mahathir… Bermati-matian membela
nasib anaknya yang kini sedang terumbang ambing. Mungkin si tua pelupa
itu sudah lupa, bahawa nasib anaknya berpunca akibat daripada sikap
egois dirinya yang kerap menghentam pentadbiran perdana menteri Datuk
Seri Najib Razak.
Akibat dari sikap angkuh bapa, anak pula yang jadi mangsa. Tambah
mengejutkan apabila Mahathir masih merasakan tindakannya betul, apabila
dia terus-terusan menyalahkan Najib. Katanya, nasib malang anaknya itu
akibat dari perangai Najib yang mementingkan diri sendiri, tergamak
mengusir siapa sahaja yang mengkritik beliau.
“Ini politik Datuk Seri Najib, siapa yang tegur dia, kena buang,” tuduhnya ringkas.
Namun begitu Mukhriz mendakwa, bahawa dirinya menerima apa sahaja
keputusan yang bakal dibuat. Sama ada dia diusir keluar ataupun dia
terus kekal memerintah kerajaan Kedah. Mukhriz reda dan sanggup
menanggung apa sahaja akibat daripada perbuatan dan kesalahan yang
dilakukan ayahnya.
Tanpa keberatan, Mukhriz sanggup undur diri bagi memberi laluan kepada
yang lebih layak untuk mentadbir. Yela, kalau sudah tahu gagal mentadbir
baik letak jawatan jerr, tak payah nak berlagak hero sangat.
Terbaru, terdapat khabar angin yang berterbangan mendakwa bahawa
perlantikan Menteri Besar baharu akan dibuat pada Jumaat ini.
Desas-desus pula berkata pemimpin yang bakal menggantikan tempat Mukhriz
sebagai Menteri Besar Kedah adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Kedah, Datuk Seri Bashah Md Hanipah.
Lepas ni boleh lah Mukhriz dan bapanya Mahathir bermuhasabah diri dan
berlapang dada. Bertaubatlah dan mengaku kesalahan sendiri daripada
menyalahkan pihak lain. Sendiri buat sendiri la tanggung.
Elok la buat taubat nasuha dua beranak ni, insaf la dari buat kerja
jahat menghentam pentadbiran dan mengkianati ketua pentadbiran. Sedar
sikit siapa diri tu jangan rasa macam diri tu paling hebat sekali,
sampai tiada sapa boleh pertikaikan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment