Tuesday, January 26, 2016
MARA Nafi Beku Tajaan Dan Pinjaman
Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak membekukan tajaan dan pinjamannya
terhadap pelajar sebaliknya ianya berjalan sepertimana biasa berdasarkan
bajet yang telah diluluskan.
“Siapakah yang mereka-reka poster seperti ini? Apa tujuannya mencipta
‘caption dan quote’ yang tak pernah di mara flagungkap oleh sesiapa.
“Pada dasarnya semua tajaan dan pinjaman MARA berjalan seperti biasa
dengan jumlah bajet yang telah di luluskan. Walaupun tak mungkin MARA
dapat meluluskan semua permohonan,” kata Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar
Musa menerusi Facebook menjawab dakwaan sekumpulan anak muda yang
menuntut pihak MARA memberi penjelasan berhubung dakwaan pembekuan
pinjaman oleh badan itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh juga memaklumkan bahawa MARA
sedar masalah yang dihadapi para pelajar terutama yang menyambung
pengajian di luar negara dan sentiasa berusaha untuk membantu serta
memastikan nasib mereka terbela.
“MARA sedang berusaha memperluaskan lagi skim dengan mencari dana tambahan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment