Friday, January 29, 2016

Menjawab Kadir Jasin : Derma Dipulang Kerana Tidak Digunakan

najibkingabdullah
Kita boleh faham peminat Tun Mahathir kecewa, seorang dua yang kita tahu secara peribadi, sampai datang gila meroyan bila Peguam Negara buat keputusan untuk tidak mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan dana RM 2.6 billion yang dikatakan rasuah serta salah guna duit rakyat, rupanya ialah derma dari keluarga diraja Arab Saudi untuk bantu BN menang dalam PRU13.

Dah dibagi jawapan, ditanya lagi banyak soalan. Dalam ‘undang-undang berdebat’, bila sampai tahap jawapan dibalas dengan lebih banyak soalan, kebanyakan orang akan move forward, tak guna layan dah pasal jelas kat situ orang tak berminat dengan jawapan, dia hanya nak cari salah.

Itu pandangan kita bila baca ‘ulasan’ Kadir Jasin pasal keputusan kelmarin.

Kalau dia minat dengan jawapan, sudah tentu dia tahu persoalan kenapa wang itu dipulang, sudah ada disitu – wang itu derma untuk BN menang PRU13, bila wang itu tidak habis digunakan, ia dipulang semula kerana pilihanraya sudah selesai dan BN pun sudah menang.

Boleh, Najib boleh ‘rembat’ semua duit itu kalau beliau mahu, tapi Najib bukan penyangak, derma masuk untuk PRU13, bila PRU13 selesai dan duit itu tidak habis digunakan, ia dipulangkan semula kepada keluarga diraja Arab Saudi yang berkenaan.

Mulia hati Najib tu.  Kadir jangan samakan Najib dengan orang lain, memang orang lain akan sapu kalau dapat peluang macam itu, dah masuk akaun kan, gila ka pulang balik, bukan sikit pulak tu, lebih RM 2 billion!!

Berapa syarikat penerbitan boleh diselamatkan dari bankrap dengan duit banyak tu kan?  

Tapi itulah kita sebut tadi, Najib jujur orangnya, beliau tahu derma itu untuk kegunaan apa dan bila kegunaan itu selesai dan wang tidak habis digunakan, ia dipulangkan kembali kepada tuannya, apa yang susah sangat nak rungkai?

Oh ya, betul Almarhum Raja Abdullah meninggal dunia pada 2015 tapi ketika wang itu dipulangkan pada Ogos 2013, baginda masih hidup lagi.

Selain petik kenyataan bersumberkan Nasdaq mendakwa kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri tidak menahu tentang sumbangan itu, rujuk jugalah kenyataan BBC mengenai perkara yang sama, dua-dua pakai sumber juga, tapi kenapa hanya pilih satu untuk percaya, kenapa tak pilih satu lagi?

Adillah bila berbicara.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment