Tuesday, January 26, 2016
Tabung Haji Di Fitnah Pihak Pembangkang
Mungkin juga geng-geng pembangkang dan Pro-Tun M ini sudah kehabisan dan
ketandusan idea untuk memburukkan Tabung Haji. Sebab itu lah mereka
bertindak memburukkan lagi keadaan, dengan mendakwa bahawa Tabung Haji
kini mengalami kemelesetan dan bankrup.
Tuduhan liar dan fitnah tersebut pastinya bagi menakut-nakutkan lagi
pelanggan Tabung Haji dan seterusnya bagi mengikis kepercayaan pengguna
terhadap Tabung Haji. Rancangan jahat itu katanya digi oleh blogger
paling pengecut Malaysia, iaitu Syed Akbar Ali. Mereka cuba untuk
menghangatkan isu Tabung Haji yang katanya ‘lewat’ untuk mengumumkan
dividen pada tahun ini.
Disebabkan ‘kelewatan’ tersebut geng pembangkang dan Pro-Tun M terus
melabelkan Tabung Haji sebagai institusi yang muflis. Malah tambah
memburukkan lagi keadaan, penipu-penipu terbabit turut mengaitkan
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan
BNM bersubahat untuk menutup ‘malu besar’ Tabung Haji yang dikatakan
bankrup.
Bagi yang buta mengenai ilmu undang-undang, pastinya mereka akan
terpedaya dengan muslihat dan helah besar geng ‘syaitonirojim’ ini.
Padahal mengikut undang-undang, Tabung Haji mempunyai tempoh sehingga
Mac ini bagi mengumumkan dividen. Itu pun selepas mereka selesai melalui
pengiraan muktamad dan mendapat kelulusan.
Jadi kalau belum sampai tempoh yang ditetapkan, apa motif geng jahat ni
buat tuduhan tidak munasabah tu?? Saja nak cara pasal ke macam mana??
Atau dorang memang dah takde idea yang bernas untuk fitnah orang? Hanya
tinggal idea lapuk yang dah basi, lepas tu guna untuk fitnah kerajaan
dan Tabung Haji. Kesiannya mereka ni… Ni mesti banyak makan kepala ikan ni,
tu yang tak cerdik tu.
Pihak Tabung Haji menjelaskan rakyat tidak perlu khuatir dan mudah
termakan dengan tipu helah pembangkang. Seharusnya semua umat islam dan
para pendeposit Tabung Haji tidak perlu gelabah dan terus percaya dengan
kata-kata busuk pembangkang.
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji
menjelaskan, lazimnya TH akan mengumumkan bonus pendeposit pada suku
pertama iaitu dalam tempoh Januari hingga Mac pada tahun semasa,
memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan memperoleh kelulusan
dalaman.
“Konsep simpanan di TH adalah Al-Wadiah Yad Dhamanah, di mana apa-apa
pulangan adalah dalam bentuk Hibah yang ter rtakluk kepada prestasi
kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan.
“Konsep ini tiada bezanya dengan konsep Al-Wadiah oleh institusi
perbankan Islam yang lain. Pada tahun tahun lalu TH pernah mengumumkan
bonus pendeposit pada hujung bulan Februari dan awal bulan Mac.
“Namun pada tahun lalu pengumuman bonus dapat diumumkan lebih awal,”
katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi Tabung Haji.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment