Tuesday, January 26, 2016
Polis Buru Individu Sebar Maklumat, Buat Ancaman Palsu
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu individu atau
pihak tertentu yang cuba mencetuskan keresahan dan ketakutan orang ramai
menerusi panggilan, penyebaran maklumat atau ancaman palsu.
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata,
usaha mengesan dan memburu mereka terbabit dilakukan menerusi kerjasama
dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi lain
berkaitan.
"Sebagai contoh baru-baru ini terdapat beberapa panggilan yang kononnya
ada ancaman 'bom', kami tidak akan lepaskan mereka ini dan akan mengesan
mereka," katanya kepada Bernama.
Selain itu Mohamad Fuzi berkata mereka terbabit dalam penyebaran laporan palsu juga akan diburu dan dikenakan tindakan.
Sementara itu, Penganalisis Jenayah Kamal Affendi berkata orang ramai
dinasihat tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih mengenai sesuatu
perkara terutamanya membabitkan ancaman keselamatan.
"Jika mereka inginkan sesuatu fakta berita yang sahih, mereka (orang
awam) perlu merujuk kepada sumber yang sahih daripada pihak berkuasa
sebelum viralkan di media sosial yang boleh menimbulkan pelbagai
spekulasi.
"Selain itu, ia boleh memberi impak negatif kepada masyarakat sehingga menimbulkan panik dalam kalangan awam," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment