Friday, January 29, 2016

UMNO Kedah Tak Goyang, Walaupun Mukhriz Disingkirkan

http://malaysiadateline.com/images/mydateline/Jan2016/mukhriz_mahathir.jpg
Dengan tersingkirnya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, tidak bermakna kedudukan UMNO Kedah bakal menjunam seperti mana dihadapi anak Mahathir itu. Kedudukan Mukhriz dan dengan cara menjual nama bapanya tidak cukup untuk menjatuhkan UMNO Kedah.

Bagi pembangkang mungkin mereka merasakan ini masa yang sesuai untuk bertindak. Mengambil kesempatan dalam pergolakan politik UMNO Kedah. Dalam pemikiran mereka, berangan mahu merampas kembali takhta pemerintahan negeri Kedah. Padahal mereka tidak sedar, bahawa pengaruh pembangkang di negeri Kedah sangat-sangat menyedihkan.

Walaupun penyingkiran Mukhriz di Kedah bakal memberi sedikit impak bagi UMNO pada pilihan raya akan datang, namun pembangkang masih lagi belum dapat manfaat dari pergolakan tersebut. Situasi tersebut sedikit pun tidak menggusarkan malah langsung tidak menggoyang institusi parti UMNO.

Meski penyingkiran Mukhriz sebagai pemimpin yang gagal memerintah mendapat pelbagai penentangan dari rakyat Kedah. Namun begitu parti pembangkang masih dilihat terlalu bermimpi ke awan-awangan sehingga lupa akan tugas mereka. Pembangkang gagal mengambil kesempatan untuk menyakinkan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Jika dilihat pada tahun-tahun sebelumnya… Langsung tiada alternatif yang berjaya dilakukan parti pembangkang untuk meyakinkan rakyat. Tiada usaha yang ditonjolkan bagi memenangi hati rakyat. Jadi adalah lebih baik sekiranya pembangkang berhenti bermimpi di siang hari. UMNO Kedah langsung tidak cuak dengan ‘kebangkitan’ sebesar zarah yang cuba dilakukan oleh puak pembangkang.

Jika sebelum ini  penyingkiran timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak langsung memberi kesan kepada parti UMNO, ini kan pula jika penyingkiran Mukhriz dari jawatan MB Kedah berlaku?? Apa lah sangat Mukhriz ni kan???

Pastinya tidak menggangu gugut kestabilan parti itu. Langsung tidak memberi kesan kepada UMNO, malah dilihat UMNO akan lebih berjaya sekiranya pucuk pimpinan MB Kedah digantikan dengan pemimpin baharu. Ditambah pula dengan UMNO yang langsung tidak tercabar dengan pembangkang di Kedah.

Kerana bagi pembangkang sendiri mereka juga mengalami pepecahan yang teruk sehingga mengheret kepada hilang kepercayaan rakyat. Kisah sedih tersebut mengakibatkan pembangkang hilang undi dan berlaku pepecahan.

Oleh itu UMNO tersangat yakin bahawa dengan pengguguran Mukhriz dan digantikan dengan pemimpin baru, UMNO di Kedah akan lebih berkuasa dan kemajuan pastinya akan diperolehi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment