Tuesday, January 26, 2016
Henti Fitnah, Tabung Haji Tak Pernah Gagal Bayar Dividen
SHAH ALAM : Para pendeposit Tabung Haji yang rasional tidak akan
mengeluarkan wang depositnya hanya bersandarkan cerita di media sosial
yang tiada asasnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi
Dusuki berkata, pendeposit seharusnya berpandukan Akta Tabung Haji yang
jelas mengisyaratkan kerajaan sentiasa menjamin setiap sen wang
pendeposit yang didepositkan.
“Bahkan sejarah membuktikan Tabung Haji tidak pernah gagal dalam
membayar dividen dan bonus kepada para pendeposit hatta ketika negara
mengalami krisis mata wang 1997.
“Malah kebimbangan Bank Negara lebih menjurus aspek pengurusan risiko
kecairan Tabung Haji jika berlakunya pengeluaran deposit secara
mendadak dan berskala besar,” katanya, semalam.
Bagaimanapun, kata Asyraf Wajdi, Bank Negara telah mengeluarkan
kenyataan perakuan bahawa pengurusan Tabung Haji diiktiraf proaktif
dalam menguruskan risiko kecairan sebagaimana disarankan Bank Negara
sebelum ini.
“Justeru tidak timbul isu kewangan Tabung Haji yang didakwa
bermasalah dan kerugian hingga kononnya terpaksa menangguhkan
pengisytiharan dividen dan bonus.
“Ini fitnah besar yang semacam ada usaha licik dan terancang untuk
menyerang dan menjatuhkan kredibiliti institusi-institusi agama sejak
kebelakangan ini termasuk Tabung Haji oleh pihak-pihak kemaruk kuasa dan
terlalu taksub berpolitik,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment