Tuesday, January 26, 2016

Padan Mukanya..... Rafizi Didapati Bersalah Hina Ahli UMNO

PETALING JAYA : Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini mendapati Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli didapati bersalah kerana jenayah fitnah.

Rafizi, 37, didakwa menghina ahli Umno dengan sengaja, dengan pengetahuan ia boleh mengganggu ketenteraman awam melalui kenyataan dalam satu artikel bertajuk "Will Rafizi quit if Selangor is not toppled".

Rafizi didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun menjatuhkan hukuman denda terhadap setiausaha agung PKR itu sebanyak RM1,800.

Denda kurang daripada RM2,000 itu menyelamatkan Rafizi daripada mengosongkan kerusi Parlimennya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment