Tuesday, January 26, 2016

Momokan Malaysia Terjerat Penaklukan Negara Kuasa Besar Tidak Berpaksi Fakta Sebenar

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi  berkata momokan kononnya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ini akan memerangkap Malaysia atau terjerat dengan penaklukan negara kuasa besar jelas satu andaian yang tidak berpaksi kepada fakta sebenar.

Jelas beliau lagi walaupun timbul perdebatan tentang kebaikan dan keburukan TTPA ini namun hasil dari kajian yang dilakukan pelbagai pihak dalam masa lima tahun ini ternyata perjanjian tersebut memberi lebih banyak manfaat kepada negara dan rakyat.

Tambahnya lagi memang terdapat persoalan sekiranya perjanjian ini merugikan apakah negara mempunyai pilihan untuk keluar tanpa sebarang implikasi perundangan dari negara-negara terbabit.
tppa 
“Apakah kita tidak boleh keluar? Adakah TPPA ini mempunyai exit clause atau jalan keluar ketika kita tidak bersetuju?

“Alhamdulillah setelah perjanjian itu selesai dimuktamadkan maka terdapat satu klausa yg dipertahan oleh kerajaan kita dan juga untuk semua negara iaitu di bab 30.6 di bawah tajuk withdrawal yang mana tiap-tiap negara ahli boleh keluar bila-bila masa tanpa ada obligasi setelah memberi notis keluar selama 6 bulan”, katanya kepada pihak media di sini.

Justeru beliau berharap rakyat di negara ini tidak perlu  berasa gusar dan bimbang kerana jika kerajaan merasakan perjanjian ini mendatangkan banyak keburukan maka ada klausa dalam perjanjian tersebut yang membolehkan negara bertindak keluar.

“Makna kata rakyat tidak perlu bimbang sekiranya perjanjian ini membelenggu kerajaan atau negara kita daripada kuasa kuasa besar. Kalau kita dapati kita terkongkong lebih baik kita angkat bendera putih keluar.

“Tapi kalau kita tak masuk sekarang kita akan rugi takut benda itu akan menjadi baik jadi kita tidak ada pilihan maksudnya kita boleh masuk sekarang dan bergerak terus dan kita juga boleh keluar jika merasakan ia merugikan kita”, ujarnya.

Sementara itu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin Mohd Harun pula menafikan kononnya TTPA ini telah dilakukan secara senyap-senyap.

Cuma jelas beliau kerajaan tidak war-warkan selagi butir-butir dalam rundingan yang sedang berlangsung tidak dimuktamadkan.

Tambahnya proses rundingan ini berjalan selama beberapa tahun dengan kerajaan sendiri telah mengadakan pelbagai pertemuan dengan pihak-pihak terlibat.

“TPPA ini adalah satu perkongsian tujuan untuk perdagangan yang membabitkan 12 negara  yang dimulakan oleh New Zealand, Singapore, Brunei dan Austalia kemudian bertambah dan baru US masuk.

“Kalau orang kata TPPA ini adalah inisiatif US jelas dakwaan ini tidak betul. US masuk kemudian. Last sekali Jepun masuk. Jumlah keseluruhan ekonomi membabitkan hampir USD30 trillion. Size ekonomi kita merangkumi USD300 billion. Kita akan rugi jika tidak menyertainya”, kata beliau.

Secara kesimpulan jelasnya dengan penyertaan Malaysia dalam TPPA ini akan banyak memberi manfaat besar dari sudut ekonomi negara.

“Kalau kita tidak masuk TPPA kita akan menghadapi masalah yang lebih besar.

“Kesimpulannya kalau kita tak masuk TPPA keburukan lebih banyak daripada kebaikan. Dan kita kita perlu mendalami tanpa membuat kesimpulan yang mudah tanpa memahami tujuan TPPA dan mekanisma yang dijalankan”, ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment