Thursday, January 28, 2016
MB Razif Bantu 7 Keluarga Yang Dilanda Ombak Besar
KUALA NERUS : Lawatan YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot disini memberi khabar gembira kepada mangsa hakisan dan fenomena ombak besar kali ini.
Terdapat tujuh buah rumah yang kritikal dan tiga keluarga telah diarahkan berpindah dengan serta merta kerana keadaan kediaman tidak selamat diduduki lagi.
Menteri Besar malam tadi telah mengumumkan akan membantu 7 keluarga tersebut dengan menawarkan tiga kaedah untuk mangsa ombak besar dan hakisan pantai yang terlibat.
“Kita (kerajaan Negeri) menawarkan tiga kaedah kepada mangsa yang mana mangsa akan membuat pilihan sendiri”
“Kaedah pertama, kerajaan menawarkan satu lot tanah dan sebuah rumah yang bernilai RM 40,000 dan kaedah yang kedua sebuah rumah mampu milik yang dibina kerajaan berserta nilai jumlah wang sebanyak RM 25,000”
“Manakala kaedah yang ke tiga dengan cara baik pulih rumah dengan nilaian wang tunai sebanyak RM 25,000 kepada mangsa fenomena ombak besar ini”,katanya.
Selain itu, Ahmad Razif juga menyatakan kerajaan negeri telah memberi peruntukan khas RM 1 juta dengan tujuan membuat benteng pemecah ombak yang bersifat sementara bagi tujuan menggelak hakisan yang lebih teruk.
Katanya, peruntukkan itu bagi menyegerakan kerja-kerja membuat benteng ombak dengan secepat yang boleh sepertimana yang dilihat pada malam ini.
“Sebenarnya projek benteng ombak ini telah dimulakan lebih awal lagi oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan kita tidak menjangkakan fenomena ini berlaku dengan seteruk ini”
“Fenomena sebegini jarang berlaku dan mungkin dalam dua puluh atau tiga puluh tahun sekali berlaku”, katanya.
Sehubungan dengan itu beliau turut memberi sedikit sumbangan kewangan dan juga bantuan berbentuk barangan keperluan harian kepada mangsa-mangsa yang telibat dengan fenomena itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment