Tuesday, January 26, 2016
Surat BNM Tak Gambarkan Keadaan Sebenar Tabung Haji - Asyraf
PETALING JAYA : Surat Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Lembaga Tabung
Haji (Tabung Haji) memberi amaran berhubung rizab mencecah angka negatif
itu tidak menggambarkan keadaan sebenar status kewangan institusi itu,
kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, isi kandungan surat berkenaan yang terbocor itu telah disalah ertikan.
"Nasihat saya kepada pakar kewangan segera di Facebook dan media sosial
lain supaya mereka mengambil kira beberapa garis panduan sebelum membuat
kenyataan yang boleh memburukkan pihak tertentu," katanya menerusi
laman Facebooknya pada Selasa.
Garis panduan itu, kata Asyraf termasuk definisi rizab dan bagaimana ia berfungsi berbeza mengikut situasi kewangan.
Katanya, modul niaga Tabung Haji adalah berbeza daripada institusi
kewangan lain kerana ia memperoleh pendapatan menerusi pelbagai
pelaburan.
"Mereka juga perlu faham bahawa struktur penyata imbangan Tabung Haji
juga berbeza," katanya sambil menambah pihaknya tidak diletakkan di
bawah pemantauan bank pusat.
"Bagaimanapun, Bank Negara bimbang jika Tabung Haji tidak memperoleh
keuntungan. Tetapi apakah benar Tabung Haji mengalami kerugian?," kata
Asyraf.
Beliau berkata, ini adalah antara sebab isu berkenaan perlu dilihat
dengan lebih terbuka daripada segi penyata imbangan, untung, rugi dan
bukan hanya berasaskan tanggungan dan rizab sahaja.
"Orang ramai perlu faham bagaimana Standard Laporan Kewangan
Antarabangsa, terutama penilaian rizab, aset dan aspek tanggungan,"
katanya.
Pada Selasa, sebuah portal berita melaporkan bahawa paras rizab Tabung
Haji mencecah negatif dan tidak dapat membayar 8.8 juta pencarum
sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan
masalah tersebut.
Dakwaan itu dikatakan dibuat berdasarkan surat bertarikh 23 Disember yang dihantar oleh Zeti kepada Azeez.
Zeti turut dilaporkan menghantar surat secara berasingan kepada Jamil
Khir pada hari yang sama dengan memberi amaran keadaan kewangan Tabung
Haji boleh memberi kesan kepada kerajaan.
Terdahulu, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
mengambil pendirian untuk 'mengunci mulut' berhubung isu itu.
Azeez ketika dihubungi media berkata, beliau perlu membuat semakan di pejabat terlebih dahulu mengenai kebenaran surat itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment