Friday, January 29, 2016
Jangan Bagi Muka Kepada PAN Ni... Kelantan Pecat Ketua Kampung Yang Terlibat Dengan AMANAH
Sebagai langkah kesinambungan PAS Kelantan melaksanakan gerak kerja
kerajaan negeri, parti tersebut memecat kesemua penghulu kampung yang
terlibat secara langsung dengan program anjuran Parti Amanah Negara
(PAN).
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata,
langkah itu sejajar bagi memastikan agenda kerajaan negeri tidak
terganggu dengan unsur-unsur dari PAN.
“Pelantikan jawatan penghulu ini dibuat atas asas politik, jadi dia kena
bersama kerajaan negeri. Kalau kita dapati ada yang menentang kerajaan,
sama ada perbuatan atau kata-kata, kita terpaksa ambil tindakan.
“Sebelum ini memang sudah ada beberapa kes yang kita tidak lantik
semula, sebaliknya kita ganti mereka dengan orang lain,” katanya kepada
pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan
Penghulu 2016, di sini, semalam.
Mohd Amar yang juga Pengerusi Majlis Penghulu Kelantan menjelaskan,
selain dipecat, penghulu yang menentang kerajaan juga dikenakan amaran
atau digantung tugas.
Beliau walaubagaimanapun enggan mendedahkan jumlah penghulu yang dipecat kerajaan negeri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment