Tuesday, January 26, 2016
Najib Lahir Komitmen Cegah Serangan Pengganas
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak melahirkan komitmen beliau dalam memastikan Malaysia tidak
terdedah kepada kemungkinan serangan pengganas.
“Kita tidak boleh tunggu sehingga insiden buruk berlaku sebelum melaksanakan tindakan.
“Kita harus mengambil tindakan pencegahan sebelum apa-apa tragedi
berlaku,” kata Najib dalam ucapannya ketika upacara perasmian
Persidangan Antarabangsa mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ancaman
Keganasan di sini.
Tambah Najib, persidangan ini adalah platform untuk mengukuhkan
kerjasama antara agensi keselamatan dalam negara-negara terlibat.
“Kita perlu kongsi dan membuat analisis terhadap pengamalan langkah terbaik dalam usaha kita untuk deradikalisasi.
“Kita tidak boleh benarkan ancaman pengganas berada di negara ini. Kita perlu kekalkan keamanan bersama,” kata Najib.
Malah, beliau turut mengakui menjadi tanggungjawabnya untuk mengambil
langkah-langkah pencegahan bagi menjamin keselamatan rakyat dan negara.
Najib turut melahirkan rasa berbesar hati atas kesudian kesemua wakil
negara yang hadir untuk membincangkan polisi deradikalisasi dalam
usaha bersama untuk menangani ancaman pengganas.
Turut hadir ketika upacara perasmian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment