Tuesday, January 26, 2016
Najib Selesai Menghadap Agong, Kedah Bakal Dapat MB Baru?
Perdana Menteri enteri Datuk Seri Najib Razak hari ini
menghabiskan masa selama sejam sepuluh minit masa menghadap Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini.
Najib yang menaiki kereta rasmi Perdana Menteri dilihat keluar dari Istana Negara kira-kira jam 9.07 pagi tadi.
Sebagai seorang Perdana Menteri, sudah semestinya kebiasaan untuk
Najib bertemu Yang di-Pertuan Agong, namun dengan mengambil masa selama 1
jam lebih ini dikatakan agak jarang berlaku.
Desas desus bahawa Najib membawa senarai nama calon Menteri Besar
Kedah ke 12 hampir bertiup kencang dengan masa yang begitu lama diambil
oleh beliau untuk menghadap Agong.
Walaupun kebiasaannya, setiap Rabu beliau akan menghadap Seri Paduka
Baginda sebelum mesyuarat Kabinet, namun pagi ini agak berbeza di
sebalik krisis Menteri Besar Kedah.
Mungkinkah Menteri Besar baharu akan mengangkat sumpah pada masa terdekat?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment