Friday, January 29, 2016
Terima Dana Israel RM1.2 Billion : Dap Terus Didesak Bercakap Benar
KUALA LUMPUR : Seorang pensyarah di Univesiti Institut
Teknologi MARA (UiTM), Prof. Madya Hanafiah Harun meminta kepimpinan Dap
supaya berkata benar berhubung isu dakwaan parti tersebut menerima dana
sebanyak RM 1.2 bilion daripada regim Israel sekiranya Pakatan Rakyat
memenangi pilihanraya ke 13 yang lalu.
Menurut beliau, seperti Dap yang selalu mendesak pihak lain khususnya
kerajaan untuk bercakap benar, maka Dap juga mestilah bercakap benar
dengan memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan bekas
pegawai khas Lim Guan Eng, Razali Abdul Rahman.
“Dakwaan yang didedahkan oleh Razali itu amat-amat serius. Jika benar
Dap menerima dana daripada Israel, ianya menggambarkan seolah-olah
parti itu melacurkan kedaulatan negara dan menjual maruah negara yang
tidak ada nilainya. Ini kerana jika benar regim tersebut memberikan
dana kepada Dap, maka sudah tentu ada pulang baliknya.
“Takkanlah
dana yang diberikan oleh Israel untuk bantu Dap memenangi pilihanraya
hanya untuk bertujuan membina pengkalan tentera regim itu saja. Mesti
ada perjanjian atau kehendak-kehendak lain yang boleh memberikan
keuntungan kepada mereka.
“Sebagai contoh, jika sesebuah pasukan bola mendapat penaja, maka
mereka terpaksa mengikut apa saja kehendak penaja. Jika penaja mahu
mereka pakai jersi macam kuda belang pun, mereka terpaksa ikut.
“Begitu juga dengan negara. Jika sebuah parti dalam negara dapat
tajaan dana dari pihak luar, sudah tentu sedikit sebanyak mereka
terpaksa akur kepada pemberi dana itu. Kita tak dapat mencorak negara
mengikut selera dan kehendak kita,” ujarnya kepada pihak media di sini
hari ini.
Justeru itu, beliau mendesak parti Dap agar segera memberikan respon
terhadap dakwaan kerjasama dengan negara yang terkenal dengan kezaliman
dan kekejamannya itu.
“Kita mahu tahu, apakah benar Dap ada menjalinkan kerjasama dengan
regim tersebut? Apakah Dap yang menjemput mereka untuk campur tangan
dalam politik dalaman negara? Apakah Dap benar-benar bersekongkol dengan
sebuah negara yang amat terkenal dengan kezaliman dan pembunuhan kejam
mereka terhadap rakyat Palestin dan apa pendirian mereka dalam isu
Palestin? Rakyat mahu tahu semua itu.
“Sebab itu kepimpinan Dap perlu tampil dan memberikan penjelasan
berhubung perkara ini. Dakwaan tersebut sudah dibuat selama empat tahun,
bahkan ada juga laporan polis yang telah dibuat berhubung dakwaan
tersebut.
“Namun setakat ini, kepimpinan Dap gagal memberikan jawapan dan
penjelasan berhubung perkara tuduhan tersebut yang dapat memuaskan hati
rakyat di negara ini.n Malah, kepimpinan Dap nampak seolah-olah cuba
mengelak daripada menjawab perkara ini. Lim Kit Siang kata Dap akan
saman Razali namun hingga hari ini, tidak ada satu saman pun yang
difailkan Dap terhadap Razali,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment