Friday, January 29, 2016
PKR Dan DAP Mula Lupa Diri Sejak Ketiadaan Almarhum Nik Aziz
Sejak terkuburnya Pakatan Rakyat (PR), Pas seakan-akan tidak dapat
menerima bahawa mereka tidak lagi diperlukan oleh parti dalam gabungan
tersebut iaitu DAP dan PKR... Malah, lebih mengecewakan Pas sering
diherdik oleh DAP yang hanya disaksikan oleh PKR.
Terkuburnya PR menjadi tanda tanya buat semua pihak... Semua tertanya
mengapa PR yang dikatakan begitu gah untuk menawan Putrajaya akhirnya
terkubur di tengah jalan... Malah, dengan insiden DAP sering menyerang
Pas dalam isu pelaksanaan hukum hudud, membuatkan Pas menjadi punca
terkuburnya PR dimata rakyat.
Namun begitu, benarkah Pas menjadi punca terkuburnya PR sehingga
tertubuhnya parti serpihan Pas yang menjadi parti acuan DAP, Parti
Amanah Negara (PAN)??
Bagi menjawab mengapa terkuburnya PR, Ketua Pemuda Pas Nik Abduh Nik
Aziz tampil menjawab dengan mengatakan terkuburnya gabungan parti
pembangkang itu, kerana DAP dan PKR mula lupa diri dan tidak menghormati
sesama rakan sekutu.
Nik Abduh yang kecewa dengan sikap DAP yang berjaya menguburkan PR
berkata, sejak ketiadaan ayahnya DAP dan PKR mula membuat haluan
masing-masing tanpa memikir kerjasama dan penyatuan antara parti
pembangkang.
Tambah Nik Abduh, ketika ayahnya masih hidup, ayahnya dihormati oleh
rakan sekutu walaupun berbeza ideologi politik, namun selepas ayahnya
dipanggil menghadap Ilahi, DAP dan PKR mula mempamerkan sikap 'jaguh'
masing-masing.
"Ketiadaan almarhum ayahanda Nik Aziz amat-amat dirasai oleh dunia
politik, seperti yang disebut sesetengah pihak mungkin menjadi faktor
antara punca perpecahan dalam Pakatan Rakyat.
"Tiada orang tua yang benar-benar dihormati bila Nik Aziz tiada.
Masing-masing membawa diri parti-parti politik, dan tiada kekuatan
hingga hari ini yang mampu menyatukan. Tetapi kita tahu bahawa politik
ini perlu diteruskan dengan siapa yang ada, kita tidak boleh
mengenangkan Tun M di zaman Najib, Kerana kita adalah kita hari ini dan
kita selesaikan bersama. Jangan menanti yang telah pergi," kata Nik
Abduh.
Kenyataan Nik Abduh ini telah membuktikan bahawa tiada lagi PR seperti
yang diwar-warkan oleh sesetengah pemimpin Pas.. Walaupun Pas tidak lagi
berada dalam PR ataupun mana-mana gabungan pakatan, ia tidak bermakna
bahawa Pas tidak mempunyai sokongan.
Lagipun, dengan insiden yang dipamerkan DAP terhadap Pas telah membuka
mata umat Melayu bahawa DAP itu merupakan parti anti Islam, kerana
menghalang pelaksanaan hukum Islam dilaksanakan.
Apa yang diharapkan umat Melayu adalah Pas dapat bekerjasama dengan Umno
untuk sama-sama menentang DAP dan sekutunya, yang jelas menentang hukum
Islam dan tidak mahu negara ini ditadbir berlandaskan Islam!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment