Tuesday, January 26, 2016
Pelajar Sekolah Cina Di Ajar Bersikap Perkauman
Memang tidak dinafikan ramai ibubapa pada masa kini mula memilih
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) untuk anak mereka mendapatkan ilmu
pengetahuan, dan mahu anak mereka fasih serta mahir dalam bahasa Cina
(Mandarin).
Walaupun terdapat berbilang bangsa pada sekolah ini, namun ia amat
mengecewakan apabila SJKC ini menampilkan sikap perkauman, dimana
guru-guru Cina serta murid Cina mungkin diajar supaya 'racist' terhadap
bangsa lain.
Sudah banyak kes-kes anti perkauman berlaku di SJKC terhadap guru-guru
Melayu/ India serta murid-murid yang bukan berbangsa Cina.... Misalnya
bagi seorang guru yang bukan berbangsa Cina, mereka telah diasingkan
bilik bersama guru-guru Cina di SJKC.
Selain itu, terdapat juga guru Melayu/India di SJKC diarahkan oleh Guru
Besar/Pengetua untuk tukar ke sekolah lain, kerana mereka tidak mahu
sekolah SJKC itu dihuni oleh guru berbangsa lain... Itu baru disebut
mengenai guru, belum lagi disentuh mengenai murid-murid Melayu/India di
SJKC.
Walaupun SJKC ini jelas mempamerkan sikap racist, Ahli Parlimen DAP
Zairil Khir Johari tetap mempertahankan kesalahan yang dilakukan sekolah
itu dengan mengatakan orang ramai tidak boleh menuding jari dengan
hanya menyalahkan SJKC.
Menurut Zairil, jika alasan itu SJKC mempamerkan 'racist', sekolah SK
juga mempamerkan budaya 'racist' apabila mengasingkan murid-murid bukan
beragama Islam ketika di bulan puasa.
"Tak sepatutnya menjadikan isu terpencil dalam satu sekolah sebagai satu
isu perkauman, sehinggakan institusi sekolah Cina dipersoalkan sama
sekali. Insiden ini kalau dibanding dengan insiden-insiden lain di
sekolah kebangsaan, seperti kes masa bulan puasa, tidak semestinya
bermaksud semua sekolah kebangsaan itu rasis," kata Zairil.
Barangkali, Zairil ini bodoh atau tengah mabuk ketum semasa mengeluarkan
kenyataan mengenai sekolah kebangsaan mengasingkan murid bukan beragama
Islam ketika di bulan puasa sebagai racist...Mungkin juga Zairil sedang
mengajar anak-anak Melayu supaya tidak berpuasa.
Untuk makluman Zairil, pengasingan itu bagi membantu anak-anak Melayu
yang sedang berpuasa ataupun baru berjinak-jinak untuk berpuasa, supaya
tidak tergoda apabila melihat rakan-rakan mereka makan diwaktu umat
Islam berpuasa.
Jadi, itu bukanlah satu tindakan 'racist' yang dipamerkan sekolah
kebangsaan berbanding SJKC yang turut mengasing guru-guru di sekolah
berkenaan!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment