Tuesday, January 26, 2016
Kemelut MB Kedah : “Jangan Kata Najib Tak Payung”
Berkali-kali kita terfikir, mengapa UMNO Kedah menggunakan pendekatan
sidang akhbar ketika menyuarakan hilangnya keyakinan terhadap pimpinan
Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar.
Dengan barisan yang penuh pengalaman politik, dari mentadbir, tewas dan
kembali merampas Kedah, rasanya mereka sudah ada hampir segenap
pengalaman untuk memikirkan baik buruk setiap langkah politik yang
diambil.
Memberi isyarat yang jelas kepada Presiden melalui sidang akhbar
terbabit, ia menceritakan tentang, bahawa selama ini, Presiden UMNO
adalah watak penting dalam mempertahankan Mukhriz Mahathir.
Telahan ini benar, apabila Rahim Tamby Chik membuka cerita di sebalik
tabir, dengan salah satu inisiatif ‘perdamaian’ yang dibuat oleh beliau
dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Salleh ketika itu ialah
menawarkan Mukhriz satu jawatan Kabinet pada rombakan yang dilakukan
tahun lalu.
Angin penolakan Mukhriz selaku Menteri Besar bukanlah baharu, dan
Perdana Menteri Najib Razak sedar, serta mengambil langkah yang terbaik
untuk parti UMNO, ibarat menarik rambut di dalam tepung.
Padan lah Perdana Menteri Najib Razak masih mampu tergelak, dan “cool”
bersama Mukriz Mahathir sewaktu lawatan ke Langkawi tempoh hari, rupanya
memang bukan hasrat beliau untuk menjadikan Mukhriz sebagai mangsa
politik. Apatah lagi, dengan serangan bertubi-tubi oleh Tun Mahathir dan
penyokongnya, bukan rahsia apabila ramai yang menuduh Perdana Menteri
sebagai dalang di sebalik desakan yang dilakukan oleh UMNO Kedah.
Jalan penyelesaian yang terbaik telah dikemukakan demi keharmonian UMNO.
Hormat, cinta dan kasihnya Perdana Menteri kepada Tun Mahathir,
sehingga perkara sebegini dibawa ke pengetahuan Tun Mahathir terlebih
dahulu. Malangnya, mengikut Rahim Tamby Chik, Mukhriz sendiri yang
menolak pelan damai terbabit.
Kini, kita fahamlah, mengapa UMNO Kedah memilih cara mendesak Persiden
UMNO dalam kemelut ini. Kita masih berharap agar kemelut antara
Mukhriz Mahathir dengan UMNO Kedah dapat diselesaikan dengan situasi
menang-menang.
Dengan penjelasan oleh Rahim Tamby Chik, sudah jelas, nyata dan terang,
bahawa Perdana Menteri sangat konsisten dengan merintis jalan damai,
baik di peringkat antarabangsa seperti peranannya dalam proses damai
Selatan Filipina, mahu pun di dalam parti yang dipimpinnya. Sering
mengelak untuk bermusuhan, itulah Najib Razak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment