Tuesday, January 26, 2016
Tun M Lebih Kejam Dari Najib Razak - Mahdzir Khalid
Desas-desus yang mengatakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bakal berehat
sebagai Menteri Besar Kedah pada rabu ini telah membuatkan bapanya, Tun
Dr Mahathir Mohamad tidak senang duduk.
Susulan itu, Mahathir dikhabarkan telah menyusun strategi bagi
memastikan anaknya terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah sehingga
sanggup mengugut akan keluar dari parti, dan membuat andaian bahawa
UMNO/BN akan kalah teruk pada pilihan raya umum (PRU) akan datang
sekiranya Mukhriz digugurkan.
Namun begitu, Mahathir disarankan supaya bertenang dan jangan cepat
melenting sekiranya anak disingkirkan pada Rabu ini, memandangkan
perkara seperti ini pernah dilakukan Mahathir ketika beliau menjadi
Perdana Menteri selama 22 tahun.
Menurut Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, ketika
Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir juga pernah
memecat Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada tahun 1996.
Malah, lebih 'kejam' lagi apabila Mahathir tetap memecat Osman Aaroff
walaupun 22 wakil rakyat Kedah telah menandatangani mempertahankan Osman
Aarof sebagai Menteri Besar ketika itu.
"Saya ingat di zaman Tun sendiri dulu waktu jadi Perdana Menteri, 22
wakil rakyat Kedah sebenarnya sudah menurunkan tandatangan
mempertahankan Tan Sri Osman Aarof sebagai Menteri Besar. Tetapi
Mahathir pada waktu itu adalah Perdana Menteri dan Tun buat keputusan
menukar juga," kata Mahdzir
Ini jelas menunjukkan Mahathir lebih 'kejam' dan tidak berhati perut,
apabila wakil rakyat di negeri itu sendiri telah mempertahankan Osman
Aarof sebagai Menteri Besar berbanding kemelut Menteri Besar Kedah pada
masa kini yang dipersetujui sendiri oleh wakil rakyat Kedah.
Jadi, Mahathir perlu menerima hakikat sekiranya anaknya digugurkan
sebagai Menteri Besar Kedah, dan perlu menganggap ia sebagai balasan
'kekejaman' Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri 22 tahun!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment