Tuesday, January 26, 2016
Muslihat Disebalik Billboard Mahu Bebaskan Penjenayah Dari Penjara…
Sejak akhir-akhir ini, semakin melampau pula gerakan pihak tertentu yang
bersungguh-sungguh mahu membebaskan seorang banduan yang dipenjara atas
satu kesalahan jenayah yang telah disahkan mahkamah tertinggi negara.
Bagaikan tidak puas dengan tempoh perbicaraan yang ‘membebaskan’
penjenayah tersebut selama 7 tahun sebelum disumbat ke penjara, kali ini
lebih meriah pula apabila mereka selamba menaikkan ‘billboard’ kempen
yang mahu banduan itu dibebaskan.
Terkini, dikatakan sudah ada 3 billboard sedemikian rupa. Dua billboard
di Selangor dan satu lagi di Pulau Pinang. Walaupun satu billboard
difahamkan telah diturunkan oleh pihak yang tidak diketahui, naik dua
lagi billboard memualkan tekak itu di Pandan dan Kajang.
Kita sendiri tidak tahu di mana letaknya harga sistem perundangan dan
keadilan di negara kita. Apa yang kita belajar dulu, undang-undang di
negara kita mengamalkan prinsip ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan
benar-benar bersalah’. Prinsip yang bertentangan dengan sistem
perundangan Perancis.
Namun kes banduan itu telah dibicarakan seadil-adilnya selama 7 tahun
setelah ditunda beratus kali oleh peguam yang mewakili banduan
berkenaan.
Malah dari Mahkamah Tinggi, kes banduan itu diheret ke Mahkamah Rayuan
hinggalah ke mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan atau turut
dikenali sebagai Mahkamah Agung di istana kehakiman negara.
Difahamkan bahawa individu yang menjadi mangsa banduan itu juga hidup
tertekan selama lebih 7 tahun dan dikhabarkan imejnya tercemar ekoran
kes berprofil tinggi itu menjadi bahan kutukan pada mereka yang
menyokong banduan tersebut.
Namun ternyata undang-undang tetap undang-undang. Ia tidak memilih bulu,
darjat atau parti. Siapa yang dibuktikan bersalah dengan bukti-bukti
kukuh dan ‘beyond reasonable doubt’, maka tiada tempat yang lebih sesuai
bagi mereka di Malaysia melainkan penjara.
Namun mengapa budaya membela banduan ini cuba dicetus pihak terbabit?
Apakah mereka tidak hormat pada kedaulatan undang-undang? Di mana
agaknya kepatuhan mereka-mereka ini kepada prinsip RUKUNEGARA yang
menjadi kunci keharmonian negara selama ini?
Jika ditiru sikap buruk pihak tersebut, kita yakin bahawa setiap
keluarga banduan yang mampu untuk membiayai kos untuk membuat sebarang
bentuk banner, sepanduk, bunting, billboard atau poster, pasti akan
mengikut jejak langkah yang serupa.
Malah sekiranya banduan tersebut ‘terlepas dari kandang’ yang menghukum
jenayahnya, adalah tidak adil sekiranya banduan-banduan lain tidak
dibebaskan dari terus menjalani hukuman atas jenayah yang mereka
lakukan.
Pada pandangan kitalah, pihak yang berkempen di billboard itu sebenarnya
sedar bahawa dengan memasang 1,000 atau 1 juta billboard sekalipun,
banduan tersebut tidak akan dilepaskan dari hukuman yang dia jalani.
Mereka sedar…
Namun mengapa mereka terus berkempen dan memasang billboard?
Pada kita, mereka mungkin sebenarnya sengaja berbuat demikian untuk
menaikkan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan. Dengan meletakkan muka
penjenayah itu besar-besar di khalayak umum, maka senanglah mereka
menduduh kerajaan konon bersikap zalim terhadapnya.
Malah mungkin juga dengan cara itulah mereka mahu rakyat ingat pada
penjenayah tersebut. Dengan cara itu, maka penjenayah itu akan segar
dalam ingatan rakyat. Tapi mungkin mereka tidak sedar bahawa apabila
terpandang wajah banduan itu ada yang secara spontan menutup punggung
mereka dengan tangan. Bukan apa, takut bolos!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment