Tuesday, January 26, 2016

Penyingkiran Mukhriz Tidak Akan Jejaskan Kekuatan UMNO Di Kedah

http://cdn0.vckt.co/content/uploads/2015/06/mukhriz-mahathir-13b.jpg
Ramai yang membuat andaian jika Datuk Seri Mukhriz disingkirkan sebagai Menteri Besar Kedah ianya bakal menjejaskan prestasi Umno, dan dijangkakan Umno tidak lagi akan dapat mempertahankan kerajaan Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Malah, bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak terlepas membuat andaian, bahawa Umno juga bakal kehilangan kerajaan Kedah sekiranya anaknya itu disingkirkan sebagai Menteri Besar.

Selain itu, Mahathir juga membuat andaian jika anaknya itu disingkirkan, Barisan Nasional (BN) juga akan terkesan dengan mengalami kekalahan yang teruk pada PRU akan datang.

"Saya tidak mengatakan supaya jangan tukar menteri besar, tetapi tahu apa akibatnya. Mereka menyebabkan BN tewas kepada PAS pada PRU12 pada tahun 2008. Oleh itu, jika mereka mengambil alih, kemungkinan meraka akan kalah dalam pilihan raya akan datang," kata Mahathir.

Namun, menjadi tanda tanya adakah andaian itu benar sekiranya Mukhriz disingkirkan??? Sejauh manakah kebenaran andaian bahawa Umno/BN akan mengalami kekalahan paling teruk seperti yang didakwa Mahathir??

Sebagai pengetahuan, kita imbas kembali pada zaman pemerintahan Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.. Seperti kita tahu Mahathir telah menggunakan kuasa 'veto' sebagai Perdana Menteri untuk menyingkirkan pemimpin yang tidak disukainya.

Walaupun Mahathir telah menyalah gunakan kuasanya untuk menyingkirkan pemimpin yang tidak disukai dan tidak menyokongnya, rakyat masih memberi mandat kepada Umno untuk menerajui negara.

Begitu jugalah sekiranya Mukhriz disingkirkan.... Walaupun Mukhriz disingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Besar Kedah, ia tidak bermakna bahawa Umno/BN akan mengalami kekalahan pada PRU akan datang.

Penyingkiran yang bakal dilakukan Najib ini bagi menguatkan dan mengukuhkan Umno untuk terus menerajui negara.. Perkara ini juga pernah dilakukan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan diajar Mahathir kepada pemimpin seterusnya untuk mengekalkan Umno di hati rakyat.

Oleh demikian, Mahathir usah membuat andaian 'bodoh' untuk kepentingan politik sendiri, kerana hakikatnya Umno akan berusaha untuk terus menerajui negara dan menambat hati rakyat.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment