Tuesday, January 26, 2016
PKR Serang Hadi... Dakwa Buat Komen Jahat Dan Taksub
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menyifatkan kenyataan Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kristian di Sarawak sebagai “contoh
klasik seorang penduduk Malaysia Barat yang tiada pengetahuan mengenai
sejarah rakyat Sarawak dan tiada minat untuk belajar.
“Saya tidak faham apa yang akan beliau dapat dengan membuat komen-komen jahat dan taksub sedemikian,” katanya ADUN PKR tersebut.
Menurut Baru Bian, dengan membuat kenyataan-kenyataan jahil itu, Hadi
menunjukkan beliau tidak mempunyai kebijaksanaan dan wawasan untuk
bergelar seorang pemimpin, tidak kira dalam politik ataupun agama.
“Pemimpin sebenar berusaha untuk menyatukan rakyat, manakala oportunis
kejam dan tidak berprinsip akan menyebabkan perpecahan di kalangan
masyarakat.
“Saya tidak kata saya pakar mengenai Islam, tetapi kata-kata Hadi Awang
adalah perbuatan keji terhadap agamanya sendiri dan ia hanya boleh
dimaafkan jika beliau terbukti nyanyuk atau tidak waras,” tambahnya.
Hadi sebelum ini dipetik Harakahdaily berkata...“Kristian tidak lagi
menarik di negara-negara yang mempunyai tahap pendidikan tinggi, seperti
Jerman, Perancis, Britain dan Eropah. Jadi, mereka membawa pengajaran
itu ke kawasan pedalaman di negara kita, seperti Sabah dan Sarawak,”.
Pada PRN lalu, PAS bertanding di empat kerusi, iaitu Tanjung Datu,
Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro yang merupakan kawasan majoriti
pengundi Melayu.
Cubaan itu sekadar meraih hampir 20 peratus undi di ketiga-tiga kerusi
berkenaan, kecuali Beting Maro, di mana mereka berjaya mendapat 46.1
peratus undi dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Razali Gapor yang menang dengan
majoriti 391 undi.
Calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus meraih 2,678 undi,
berbanding Razali yang mendapat 3,069 undi di kerusi bermajoriti
pengundi Melayu itu.
Pemerhati tempatan percaya, kenyataan Hadi baru-baru bertujuan meraih
undi masyarakat Islam di Sarawak, dengan membangkitkan sentimen agama.
Namun, dengan keadaan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang memegang
tampuk pentadbiran Sarawak, ia mungkin sukar untuk PAS membuat perubahan
pada PRN kali ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment