Friday, January 29, 2016
Indonesia Jadikan SPRM Sebagai Model Tangani Kes Rasuah... Hanya Pembangkang Buat BUTA MATA
Indonesia meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
sebagai contoh sebuah badan tunggal yang menangani kes rasuah, ujar
Timbalan II Bidang Kajian dan Pengelolaan Program Keutamaan Pejabat
Petugas Presiden, Yanuar Nugroho.
Menurutnya seperti yang dipetik Tribun Nasional, Indonesia boleh
mencontohi kaedah dan fungsi SPRM dan juga badan seumpamanya di Hong
Kong yang berjaya mencapai Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang lebih
tinggi daripada republik berkenaan.
Jelas Yanuar, di Malaysia dan Hong Kong hanya memiliki satu badan yang
khusus menangani kes rasuah, sementara di Indonesia ia dikendalikan tiga
pihak iaitu Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK), Polis Republik
Indonesia (Polri) dan badan kehakiman.
“Idea yang paling asas adalah kes rasuah perlu ditangani oleh satu badan
tunggal. Kita boleh merujuk pada contoh mudah iaitu Malaysia dan Hong
Kong. Malaysia itu meraih 54mata CPI,” ujarnya pada majlis Corruptions
Perception Index 2015 di Jakarta, pada Rabu.
Yanuar yang mengajak penggubal dasar membincangkan cadangan itu
berpendapat, dengan adanya lembaga tunggal antirasuah, maka pembahagian
kuasa akan lebih jelas.
“Jika hanya ada satu pihak yang berkuasa menguruskan kes rasuah, polis
boleh menangani hal jenayah lain manakala pihak kehakiman menguruskan
hal perbicaraan.
“Jika kita serius mahu menangani rasuah, kita perlu berfikir
mengenainya. Begitupun masih banyak yang perlu dibincang dengan pihak
polis dan institusi kehakiman,” ujarnya.
Berdasarkan data CPI, Indonesia kini berada di kedudukan ke 88 dari 168
negara dengan 36 mata. Hongkong pula berada di kedudukan ke-18 dengan 75
mata sementara Malaysia berada di kedudukan ke-54 dengan 50 mata.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment