Tuesday, January 26, 2016

Kedah Tidak Penting Bagi Mukhriz Mahathir

http://www.beritasemasa.com.my/wp-content/uploads/2016/01/isu-mb-kedah.jpg
Walaupun pengaruh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dianggap kukuh di kalangan orang muda di Kedah. Namun begitu, sebenarnya Mukhriz langsung tidak mementingkan kesejahteraan dan keperluan rakyat Kedah.

Kurang terjebak dalam alam kesusahan hidup rakyat menjadi punca kepada krisis pergolakan politik di Kedah. Mukhriz sebenarnya lebih mementingkan kehidupannya di Kuala Lumpur berbanding dengan kehidupan pendalaman di Kedah.

Bayangkan, Mukhriz hanya dapat dilihat ketika perasmian majlis-majlis tertentu, dan agak sukar untuk melihat kelibatnya dalam menguruskan mengenai hal ehwal kekurangan hidup masyarakat. Kalau ada pun mungkin tidak banyak, dan agak sukar untuk bertemu dengannya bagi urusan-urusan tertentu.

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata disebabkan perkata tersebut, rakyat dan pemimpin-pemimpin UMNO dilihat semakin terhakis kepercayaan terhadapnya. Mukhriz juga dikatakan tidak pandai untuk menjaga perihal kehidupan dan orang-orang di Istana, terutama sekali kaum kerabat diRaja. Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku jika dia adalah seorang menteri besar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu menambah, ekoran kekerapan Mukhriz sering ke Kuala Lumpur, isu-isu yang sering dibangkitkan oleh pemimpin UMNO Kedah sering diabaikan. Malah teguran dan nasihat juga sering diendahkan olehnya.. Kenapa Mukhriz kerap ke Kuala Lumpur?? Kerana keluarganya menetap disana dan dalam seminggu paling lekeh, dua kali dia akan ke sana. Itu pun kadang-kadang naik flight dan kadang-kadang naik jet peribadi rakannya.

Bimbang dengan situasi tersebut, Bashah kuatir kelakuan Mukhriz itu akan menjejaskan pentadbiran di Kedah. Malah lebih menyedihkan, isu terbabit sedikit demi sedikit telah menjejaskan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang akan datang.

Tengok jela Mukhriz langsung tidak buat apa-apa persiapan bagi menghadapi pilihan raya.. Sebab tu la pemimpin kecewa sangat dengannya. Sudah ramai adun-adun dan pemimpin kanan UMNO tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan anak Mahathir ni.

"Kami nak Pengerusi Perhubungan Umno diganti, secara langsung Menteri Besar juga bertukar. Bukan saya seorang rasa, boleh tanya pemimpin lain dalam Umno, MCA, MIC, Gerakan," katanya.

Mana tidak sedihnya, kalau selepas pilihan raya umum ke-13 pada 2013 dahulu bukan main kuat UMNO di Kedah. Tapi lama kelamaan semuanya jadi hambar. Ditambah pula dengan pucuk kepimpinan yang jarang sekali nak nampak batang hidung.

Kemudian terhimpit pula dengan sikap acuh tidak acuh Mukhriz yang langsung tidak ambil bahagian sekiranya sesuatu masalah itu berlaku. Walaupun masalah tersebut diceritakan kepadanya, namun tiada satu pun tindakan sewajarnya diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Namun selepas pemilihan Umno (pada akhir 2013), ramai yang mendakwa susah nak jumpa dia. Tak tau dia yang susahkan atau orang sekeliling dia yang susahkan, sebab kena jumpa pegawai dia dulu.

"Pada satu ketika, mesyuarat perhubungan (Umno Kedah) di Kuala Lumpur tahun lepas, 10 ketua bahagian (daripada 15) tidak hadir. Tetapi tiada usaha daripada beliau (Mukhriz) untuk mencari punca masalah itu." Tegas Bashah.

Dengan ini jelas membuktikan bahawa Kedah sememangnya tidak penting sangat bagi Mukhriz. Walaupun ramai yang cakap dia ni pemimpin muda yang berkaliber, tapi kalau setakat ulang-alik ke Kuala Lumpur dan tinggalkan masalah di Kedah buat apa?

Baik bagi Datuk Bashah je jadi menteri besar yang baru.. Daripada Mukhriz yang langsung tak boleh selesaikan masalah. Bagi masalah lagi ada la..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment