Friday, January 29, 2016

Muhyiddin Sudah Menyesal Kritik Pucuk Kepimpinan Najib

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MUHYIDDIN_YASSIN_SUSTAINABLE_AND_RESPONSIBLE_SUKUK_INVESTMENT_KHAZANAH_180515_TMINAJJUA_05.jpg
Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini bukan main mendabik dada, bermegah, menghentam dan mengkritik pucuk kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kini dilihat sunyi sepi! Mungkin sudah beransur-ansur insaf dari kerja mengkritiknya itu. Atau mungkin juga menyesal dengan tindakannya sebelum ini.

Muhyiddin sunyi sepi ketika diminta untuk mengulas mengenai keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung dana RM2.6 bilion. Mungkin sudah sedar akan kebenaran yang cuba disampaikan Najib sebelum ini. Atau mungkin juga terkedu dengan keputusan dan kebenaran yang dibuka luas oleh peguam negara.

Peguam negara Apandi Ali baru-baru ini memutuskan bahawa Najib tidak bersalah, dan tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Pengumuman tersebut menyebabkan Muhyiddin tergamam dan tidak mampu untuk memberi respon apa-apa.

"Sekarang saya tidak mahu ulas, saya tidak mahu komen.

"Saya biasanya keluarkan kenyataan jika mahu bercakap mengenai sesuatu," katanya.

Sementara itu, berbeza reaksi bagi Najib yang tenang ketika keputusan tersebut diputuskan. Najib menyambut baik keputusan Apandi kerana sememangnya dia sudah tahu dirinya tidak bersalah dalam isu dana tersebut. Jadi mengapa harus takut dan gabra tidak tentu hala. Sebenarnya isu RM2.6 bilion itu hanya satu kontroversi yang cuba dihangatkan bagi memburukkan nama Najib.

"Hasil siasatan oleh institusi relevan, dan mengesahkan apa yang saya pertahankan selama ini tiada kesalahan yang dilakukan," kata Najib.

Sebelum ini pada Julai tahun lalu, The Wall Street Journal mendedahkan kepada umum bahawa dana bernilai RM2.6 bilion telah di masukkan ke dalam akaun perdana menteri. Hasil siasatan mendapati dana tersebut disumbangkan bagi membantu proses Pilihan Raya Umum 2013, dan menentang kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Tambah Apandi, lagi sejumlah RM42 juta telah disalurkan oleh firma kerajaan, SRC International. Namun begitu tegas peguam negara, Najib langsung tidak tahu menahu mengenai sumber dana yang telah disalurkan itu.

Bagi melangsungkan kemajuan ekonomi negara. Peguam negara menegaskan bahawa pihaknya telah melakukan siasatan terperinci dan jelas terbukti bahawa Najib tidak bersalah. Maka dengan terbuktinya pengakuan tersebut, kini mulut-mulut longkang seperti Muhyiddin telah tertutup rapat. Tidak berani lagi untuk mempersoalkan dana tersebut.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment