Tuesday, January 26, 2016
Rafizi Bersalah Fitnah UMNO... Nyaris Gugur Jadi MP
Nyaris-nyaris Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli hilang status MP
selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menggenakan denda RM1,800 selepas
didapati bersalah mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan membangkitkan
kemarahan ahli UMNO melalui satu artikel pada Februari 2014.
Ikut undang-undang jika MP didenda lebih RM2000 makan statusnya sebagai MP akan gugur.
Hakim Azwarnida Affandi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak
pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap
Mohd Rafizi, 39, yang didakwa mengikut Akta 504 Kanun Keseksaan.
Mahkamah turut memerintahkan Mohd Rafizi menjalani tambahan hukuman penjara 10 bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Ahli Parlimen Pandan itu didakwa dengan sengaja mengeluarkan kenyataan
mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO melalui artikel
bertajuk 'Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?' dengan niat
memecahkan keamanan awam.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat The Edge Malaysia
Communications Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara,
jam 11.40 pagi, pada 4 Februari 2014.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment