Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Thursday, January 28, 2016
TPPA : Kenapa Tidak PERKASA Anjurkan Pertemuan Bersama Menteri?
Isu TPPA sudah lama berlarutan, yang mengakibatkan wujud kumpulan-kumpulan penentang yang membantah berdasarkan tuduhan-tuduhan tertentu. Anehnya, tuduhan-tuduhan ini wujud semasa berbincangan berkenaan TPPA belum lagi dimuktamadkan.
Antara yang lantang membantah TPPA ialah PERKASA, pimpinan Ibrahim Ali. Dari awal kemunculan PERKASA untuk membantah, sehinggalah ke himpunan bantah TPPA di Padang Merbok baru-baru ini, NGO yang mendakwa mempertahankan hak-hak orang Melayu ini dilihat sangat konsisten dengan bantahan mereka.
Apa yang penulis lihat, PERKASA sangat aktif untuk hadir ke program-program yang membantah TPPA. Bagaimana pula dengan program penerangannya?
Sangatlah molek, jika PERKASA bertemu dengan pihak Menteri atau agensi-agensi yang bertanggungjawab, bagi mendapatkan penerangan berhubung TPPA. Setelah dengar, lihat dan kaji itu, barulah mengambil keputusan samada menyokong TPPA atau membantah. Sekurang-kurangnya, ia dilihat lebih professional dan mengenepikan sentimen-sentimen lain yang turut dilihat menjadi punca mengapa TPPA itu dibantah.
Jika punya sentimen apa sekalipun, cubalah bersikap adil kepada diri sendiri, dan juga golongan yang didakwa diperjuangkan. Jika hanya aktif di pihak yang membantah, bukanlah ia dilihat bersifat satu hala dan berat sebelah dalam menentukan baik buruknya TPPA itu.
Melalui laman webnya, sebelum ini PERKASA sendiri mengakui akan bertemu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Wahid Omar pada 30 Julai 2015 untuk membincangkan tentang agenda Bumiputera sebagai agenda Nasional. Mengapa tidak mengambil pendekatan yang serupa ke atas TPPA? Jumpa, dengar, dan bincang dan kemudian kaji. PERKASA pun bukan calang-calang ahlinya, terdiri dari bijak pandai juga.
Cuma, janganlah melulu sebelum dengar dari kedua-dua pihak.
Pembangkang terkenal dengan sikap “bangkang dari longkang”, janganlah hendaknya PERKASA nanti dilabel sedemikan juga.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment