Friday, January 29, 2016
Undang-Undang FAM Paling Bodoh- Tunku Ismail
Tuntutan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terhadap bekas pemain
Harimau Muda C, Muhammad Hafiy Haikal Ismail yang memilih menyertai JDT
II untuk saingan Liga Malaysia musim ini ditempelak oleh pemilik kelab
Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ini kerana, Tunku Ismail yang juga penaung Persatuan Bola Sepak Negeri
Johor (PBNJ), berpendapat seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya
profesionalnya selepas program Harimau Muda dibubarkan.
Justeru beliau yang menyifatkan undang-undang FAM sebagai undang-undang paling bodoh.
“Pada saya undang-undang FAM adalah undang-undang paling bodoh sekali.
Pada saya pemain Harimau Muda boleh pergi ke mana-mana pasukan yang
mereka mahu, kerana kita tidak boleh memaksa pemain untuk bermain
bersama pasukan yang tidak dikehendaki mereka,” kata Tunku Ismail, lapor
Astro Arena.
Terdahulu, KLFA menegaskan akan menuntut Hafiy bersama dua lagi bekas pemain Harimau Muda C, M. Kogileswaran dan R. Dinesh.
Dalam pada itu, Tunku Ismail juga memberitahu masih belum berpuas hati
dengan aksi pra musim JDT dan sudah pun mengadakan pertemuan dengan
pengendali pasukan Mario Gomez.
Turut dijangka, rombakan dalam skuad JDT oleh Tunku Ismail yang akan
disahkan sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain 14 Februari depan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment