Tuesday, January 26, 2016

Krisis MB Kedah : Penyokong Mukhriz Boleh Janji Untuk Tenang?

image
SELEPAS desakan diterima dari majoriti kepimpinan politik negeri Kedah mengenai hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak dilihat mengatasinya dengan cukup tenang.

Langkah pertama yang Najib ambil adalah bertemu dengan semua kepimpinan politik Kedah di PWTC, Kuala Lumpur.

Walaupun ketika itu Mukhriz dan beberapa “orang kuatnya” tidak hadir.

Najib tidak terburu-buru membuat keputusan atau terus menghukum pada perjumpaan itu juga.

Malah, mengejutkan ramai Najib dengan tenangnya telah menghabiskan hujung minggunya di daerah paling “disayangi” oleh bapa Mukhriz, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed.

Lebih mengejutkan, Najib bertemu Mukhriz sepanjang dua hari di sana dengan tenang dan sesekali dilihat berborak sesuatu dengan Mukhriz.

Menurut sumber dari Langkawi, semasa Najib dan Mukhriz di sana, mereka telah bertemu untuk berbincang sesuatu.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Najib ditemui lagi oleh sekumpulan pemimpin Umno Kedah yang terus mahu Mukhriz dilucutkan jawatan, sekali lagi Najib melayan dengan tenang.

Dua hari ini Najib masih seperti biasa menguruskan hal negara dan rakyat, manakala Mukhriz dikatakan semakin tidak tentu arah walaupun ditutupi oleh wajahnya yang begitu.

Para penyokong Mukhriz pula seperti biasa, terus menerus beremosi dan makian menjadi zikir harian mereka seolah-olah dunia akan terus kiamat jika Mukhriz dipecat.

Itu cerita seminggu ini selepas sidang media diketuai Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah dan para pemimpin Umno negeri mendesak Najib menukar Mukhriz.

Tetapi, cerita esok tidak siapa yang tahu lagi apa yang bakal berlaku.

Dari cerita-cerita portal politik ramai meramalkan krisis ini akan selesai tidak lama lagi.

Jadi, yang pastinya para penyokong Tun Mahathir dan penyokong Mukhriz akan terus beremosi dan menyalahkan sepenuh dosa terhadap Najib Razak. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment