Tuesday, January 26, 2016
Pengeksport Malaysia Raih Manfaat Kajian Semula Tarif Import EU – MITI
KUALA LUMPUR : Pengeksport Malaysia berkemungkinan memperoleh
manfaat daripada keputusan Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini
untuk mengkaji semua penggantungan tarif autonomi dan kuota ke EU mulai 1
Januari 2016.
Bermula tahun ini, EU melaksanakan penggantungan tarif autonomi ke
atas 2,433 produk (meningkat daripada kira-kira 1,600 produk pada 2011)
dan tarif kuota autonomi ke atas 113 produk (meningkat daripada 84
produk pada 2013).
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam
satu kenyataan di sini berkata pengeksport Malaysia wajar mengambil
kesempatan daripada langkah baharu ini untuk meluaskan akses pasaran
mereka di Eropah.
Pelaksanaan dasar ini boleh meluaskan peluang pengeksport Malaysia
dalam sektor seperti automotif, papan dan panel dilengkapi papan suis,
pakaian, perabot, gentian kaca, pelbagai pembesar suara/fon kepala,
minyak sawit, barangan plastik serta komponen televisyen, katanya.
Pada dasarnya penggantungan tarif dan kuota ini akan memberi impak ke
atas sektor berkenaan bagi pengeskportan bahan mentah, barang separuh
siap dan komponen, katanya.
Penggantungan tarif dan kuota ini bagaimanapun tidak melibatkan barangan siap.
Penggantungan tarif dan kuota ini merupakan sebahagian daripada
skim liberalisasi autonomi EU, yang memberikan pengecualian sementara
kepada permohonan EU untuk kadar duti kastam yang normal ke atas barangan yang diimport ke EU.
Keputusan ini lazimnya untuk tempoh lima tahun.
Pengeksport Malaysia boleh memanfaatkan pejabat MITI di Brussels
serta pejabat-pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
(MATRADE) di Eropah, masing-masing di London, Frankfurt, Milan, Warsaw,
Paris dan Rotterdam, untuk sokongan,” kata MITI.
“Ia berkata langkah baharu itu, khususnya akan memberi manfaat
kepada pengeksport Malaysia yang kini memberi tumpuan kepada eksport
alat ganti dan komponen bagi kalangan yang terlibat dalam sektor
automotif dan elektrik dan elektronik.
Sektor perabot yang pada masa lepas memberi tumpuan kepada eksport
produk siap ke EU, boleh memanfaatkan kaedah baharu ini bagi mengukuhkan
eksport alat ganti dan bahagian berkaitan sektor perabot.
Penggantungan tarif dan kuota mula diperkenalkan oleh Suruhanjaya EU
pada 1998. Sejak itu, senarai produk yang layak dikaji semula secara
berkala, dengan kajian semakan semula terbaharu dilakukan pada 2011 dan
2013.
Langkah autonomi ini bertujuan menyediakan perusahaan EU dengan
peningkatan akses kepada input, dengan mengimport barangan pada kadar
sifar atau kadar duti yang dikurangkan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment