Friday, January 29, 2016
Dulu Zakat, Sekarang Duit Tabung Haji Pula?
Mungkin suratan, mungkin juga kebetulan.
Begitulah yang dialami oleh penulis
beberapa hari yang lalu, apabila melalui aplikasi WhatsApp, seorang
rakan telah melontarkan karangan kononnya dari pekerja Tabung Haji
sendiri. Isunya, berkaitan dengan kebocoran kandungan surat dari Bank
Negara Malaysia kepada Tabung Haji.
Tipikal pembangkang, asal ada isu yang
melibatkan GLC kerajaan, maka akan berterbanglah ke serata alam kononnya
“luahan pekerja syarikat”.
Penulis cuba menerangkan, sambil merujuk
kepada kenyataan rasmi Tabung Haji sendiri, selain artikel yang
diterjemahkan oleh JASA bersumberkan NST.
Sebagai tambahan, penulis memberitahu,
bahawa serangan ke atas institusi Islam dan Melayu di negara ini mungkin
bukan bersifat kebetulan, kerana jika dilihat, ia bermula dari perkara
asas seperti agihan kutipan zakat kepada golongan yang tidak berhak.
Rentetan daripada itu, kita melihat, dan membaca bagaimana saban hari
segala yang berkaitan dengan institusi ini menjadi modal serangan
pihak-pihak tertentu.
JAKIM, MARA, FELDA, YPEIM dan Tabung
Haji, seharusnya sudah mula faham, dan bersedia menerima serangan dari
pihak-pihak tertentu. Di mana ada institusi Islam dan Melayu yang
mempunyai kekuatan dana, maka disitulah serangan akan dihalakan,
sungguhpun ianya bersifat isu separuh masak.
Motifnya, penulis berpandangan mereka
cuba menghilangkan keyakinan orang Islam dan Melayu ke atas
institusi-institusi tersebut. Setelah institusi-institusi tersebut
rebah, maka hilang sudah tempat untuk orang kita bergantung. Hilang
tempat bergantung, lebih mudahlah menawan hati dan minda orang kita,
atau pun menolak supaya beransur. Sukar menawan kesemuanya, cukup
sekadar pecah dan perintah.
Menerusi perbincangan di dalam grup
WhatsApp itu juga, penulis memberitahu rakan-rakan, jika tidak percaya,
tunggulah sikit hari nanti. Pasti ada yang cuba menangguk di air keruh.
Keesokkan harinya, tiba-tiba DAP pula
campurtangan dalam isu tersebut. Betul telahan penulis. Mungkin suratan,
mungkin juga kebetulan.
Mungkin cuba menjadi hero, tetapi tidak
mustahil mungkin juga sedang memerhati dan mahu tahu kekuatan aset-aset
sebenar institusi milik orang Islam.
Adakah mereka punya keberanian
untuk audit dan bentangkan kepada kita dakwaan derma berbillion ringgit
yang diperolehi oleh parti mereka dari Israel?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment