Tuesday, January 26, 2016

Hadi Patut Jadi Penasihat Kerajaan BN - Lim Guan Eng

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/03/lim-hadi.jpg
Itulah... Sebelum ni Umno hulurkan kerjasama kepada PAS... PAS tolak bulat-bulat kononnya mahu menjaga hati rakan sekutu PKR, yang kononnya masih menjalankan kerjasama dengan parti Islam itu.

Ekoran sifat sombong PAS yang tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO bagi mengukuhkan kerajaan berlandaskan syariah Islam, PAS hari ini dihalau dan dicabar oleh DAP supaya meneruskan kerjasama dengan UMNO.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataannya mencabar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bekerjasama dengan Umno, kerana sering memainkan isu perkauman.

Menurut Guan Eng, Hadi tidak perlu mengecam DAP dengan memainkan isu perkauman mengenai usul TPPA, kerana usul itu bukannya dibawa oleh pemimpin parti Cina kiasu, sebaliknya usul tersebut dibawa oleh UMNO.

Selain itu, Guan Eng turut mengatakan tindakan PAS cuba memainkan isu perkauman mengikut jejak amalan politik UMNO, dan tindakan itu amat sesuai untuk parti Islam itu untuk bekerjasama dengan UMNO.

"Kalau ikut logik Hadi, tentu UMNO juga adalah Cina kerana bawa usul TPPA di parlimen. Kenapa Hadi tidak terus bekerjasama dengan UMNO, dan jadi penasihat kerajaan BN sahaja?" kata Guan Eng.

Cukup hairan apabila isu perkauman dimainkan, mesti UMNO yang dipersalahkan... Mengapa bila sebut saja perkauman UMNO juga disalahkan?? UMNO tidak pernah menyekat mana-mana kaum untuk hidup di negeri ini... Malah, UMNO turut memberi ruang kepada mereka yang bukan Melayu untuk hidup di negara ini.

Jadi tidak perlulah DAP cuba mengalihkan isu perkauman terbabit kepada UMNO... Lagipun, memang ramai sudah mengetahui bahawa DAP merupakan parti anti Melayu/Islam dan ramai bangsa Melayu terseksa hidup dibawah pentadbiran parti cina kiasu itu.

Selain itu, rasanya sudah sampai masanya PAS untuk ajar bekas rakan sekutunya yang semakin hari semakin sombong tu.... Kalau PAS masih berkeras untuk tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO, maka PAS akan terus dipandang keji oleh parti cina kiasu itu!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment