Wednesday, November 11, 2015

Anwar Bukan Nak Pakar Datang Sini, Dia Tu Nak Ke Luar Negara

http://pakdin.my/wp-content/uploads/2015/02/anwar-penjara.jpg
Kerajaan Malaysia ini dalam dikatakan zalim dan sebagainya (yang buruk-buruk), masih sudi membenarkan pakar perubatan terhebat entah dari dunia mana, datang ke sini merawat banduan paling speSIAL, Anwar.

Sepanjang penulis hidup, entah sakit apa 83 kali rawat tak baik-baik juga – dalam tempoh yang cukup singkat, hanya 38 minggu. Biasanya kalau beberapa kali rawat tak juga elok dalam tempoh itu, hujung kepada jawapan ialah kubur, tapi Anwar dalam sakit tak elok-elok tu, dia nampak bugar dan sihat termasuk mampu berjalan sendiri hadir ke Mahkamah.

Mungkin kerajaan pun pening dengan jenis penyakit Anwar dan maka itu mengambil keputusan untuk benarkan pakar luar negara datang merawat, apa kurang dengan doktor kita pun tak tahu.

Tapi penulis harap kerajaan jangan terperangkap.  Pakar yang nak dibawa ni sudah tentulah pilihan Anwar sendiri.  Bimbang nanti ada pula cadangan dari pakar berkenaan agar Anwar dibawa ke luar negara untuk mendapatkan rawatan yang sempurna, alasan, kelengkapan sini tak cukup.

Sebab kita tahu, Anwar tu yang nak keluar negara jumpa pakar, bukan pakar luar negara datang sini rawat dia.  Memang tawaran kerajaan sudah cukup baik, belum ada banduan mana dalam dunia yang dapat tawaran sebegini tapi percayalah, itu semua belum cukup untuk Anwar pasal tujuannya bukan itu, dia tu yang nak keluar.

Bagaimanapun, setakat kemurahan hati yang ditunjukkan kerajaan sekarang (bagi pertimbangan pakar luar datang merawat), membuktikan bahawa kerajaan BN ini sudah cukup baik waima dalam hal melayan banduan.  Carilah mana dalam dunia nak jumpa kerajaan macam ini, sehinggakan banduan pun dibenar bawa pakar sendiri dari luar negara.

Selalunya banduan dilayan macam manusia kelas dua, ada beberapa negara tertentu, macam binatang, tapi negara kita lain.  Dalam kes Anwar, rawat saja dah 83 kali, jumpa peguam lebih 60 kali, keluar dari penjara untuk hadir kes Mahkamah entah berapa kali, jumpa keluarga dan sebagainya, tak istimewa lagi ke tu, zalim ke kita?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment