Wednesday, November 11, 2015

Adakah Dr Mahathir Mahu Rakyat Malaysia Membuat Keputusan Sendiri Atau Tidak?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8FKqLaqLwQ-692IIRHNRXsgOdXP9kejLp73YbjE5ipogGzNBafA2PIOooFGinVDFaO99bLAnESbVvpctRAAli6k8_mqzufbhEPGXYHS0X_47dTcf7Gs-0yZWHt8HKVnI0NGIGZSDhg-g/s1600/Mahathir.jpg
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mahu menukar sistem. Dia hanya mahu mengubah Perdana Menteri. Beliau kemudian akan menyerahkan kepada rakyat Malaysia membuat keputusan mengenai apa sistem yang mereka mahu selepas Malaysia mendapat Perdana Menteri yang baru. Persoalannya sekarang adalah: kenapa Dr Mahathir tidak mengubah sistem tersebut semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun?

Oleh kerana Dr Mahathir mahu membenarkan rakyat Malaysia untuk menentukan masa depan mereka sendiri, bagaimana jika rakyat Malaysia memutuskan mereka masih mahu Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri? 

 Adakah Dr Mahathir bersedia untuk bersetuju dengan ini? Walaupun beliau bersedia memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk membuat pilihan dengan sistem yang mereka mahu, dalam masa yang sama Dr Mahathir mahu menentukan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri dan tidak akan membenarkan rakyat Malaysia untuk membuat keputusan tersebut.

Sejak dari 2008 lagi Dr Mahathir telah mengumumkan bahawa beliau mahukan Majlis Presiden ditubuhkan dan akan dikendalikan oleh Council of Elders. Setelah lebih daripada tujuh tahun kemudian dia masih mendesak untuk majlis ini ditubuhkan walaupun tidak ada sistem tersebut dalam Perlembagaan atau dalam sistem Westminster yang diamalkan kerajaan.

Dr Mahathir juga berkata bahawa gaya hidup yang mewah bukti yang cukup bahawa seseorang itu mengamalkan rasuah dan bahawa mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap orang itu. Anda tidak perlu apa-apa bukti lain selain daripada itu. 

Jika itu adalah bagaimana sistem perundangan negara kita maka tiada siapa yang selamat lagi. Anda boleh ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara hanya kerana seseorang mengatakan anda rasuah berdasarkan kereta yang anda pandu atau rumah yang anda tinggal. 

Akhirnya orang itu dianggap bersalah sehingga dia boleh membuktikan dia tidak bersalah. 

Jika ini adalah bagaimana sistem undang-undang baru itu sepatutnya dilaksanakan maka Dr Mahathir sendiri tidak akan selamat berdasarkan gaya hidup yang mewah daripada keluarganya sendiri yang akan memerlukan mereka memberi bukti yang mereka tidak terlibat dalam rasuah atau terpaksa dipenjarakan.

Artikel oleh : Salleh Said Keruak

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment