Wednesday, November 11, 2015

Cadangan Mansuh JAKIM, Cerminan Mahu Kembali Ke Masa Lalu

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/11/Asyraf-Wajdi-Dusukijakim.jpg
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memberi sumbangan besar ke arah kemajuan Islam di negara ini.

Menulis di laman Facebooknya, Dr Asyraf Wajdi berkata, cadangan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tawfik Ismail supaya Jakim dimansuhkan mencerminkan keinginan beliau untuk melihat orang Melayu kembali pada masa mereka terbabit dengan alkohol.

“Saya kesal pandangan anak bekas Timbalan Perdana Menteri yang mahu Jakim dihapuskan dan bagi Malaysia untuk kembali ke masa apabila Melayu-Islam terlibat dalam minuman keras seperti wiski dan brandi.

“Untuk maklumat anda, Jakim juga adalah urusetia untuk Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang kewujudannya diterima dan dibenarkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu, yang ditugaskan untuk memelihara kesucian agama Islam di Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan beliau berkata, tugas Jakim juga telah berkembang bukan lagi sekadar meningkatkan bidang agama, malah kini termasuk memerangi kebangkitan kumpulan pengganas Daesh (IS) dan ideologi Syiah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment