Wednesday, November 11, 2015

DAP Menggelupur Bila PAS Bawa Hudud Ke Parlimen

Saman yang dilakukan macai-macai DAP untuk menghalang Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari membentangkan rang undang-undang persendirian hukum hudud di Parlimen ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan perkara itu membuatkan pemimpin DAP tidak senang duduk.

Disebabkan Mahkamah membatalkan saman yang dibuat oleh 4 individu macai DAP, Hadi dikhabarkan akan membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen pada sesi akan datang.

Walau bagaimanapaun, Ketua Whip Parlimen DAP Anthony Loke menyifatkan usaha Hadi untuk membawa rang undang-undang hukum hudud itu tidak akan berjaya walaupun Mahkamah Tinggi telah membatalkan saman yang dibuat terhadap presiden Pas itu.

Anthony berkata, peluang Hadi untuk membahaskan usul hukum hudud itu tipis kerana cubaan Hadi untuk membahas usul hudud dua kali sebelum ini tidak pernah berjaya.

Oleh demikian, Anthony menyifatkan usaha Pas untuk membawa usul hukum hudud di Parlimen hanya perkara yang sia-sia dan perkara itu tidak akan terjadi selagi Barisan Nasional (BN) memerintah negara.

"Sudah tentu daripada segi  teknikal, rang undang-undang persendirian mengenai hudud masih boleh dibentangkan, tetapi semua orang tahu hasilnya akan sama.

"Ia akan disenaraikan dalam Atuaran Urusan Mesyuarat tetapi tidak akan dibahaskan seperti yang berlaku dua kali sebelum ini," kata Ahli Parlimen Seremban itu.

Dalam masa sama, Anthony memaklumkan jika usul hukum hudud itu berjaya di bawa ke sidang Parlimen nanti, ia sesuatu yang mengejutkan pemimpin DAP dan mengesyaki ada agenda tersembunyi yang dilakukan BN kerana membenarkan usul tersebut dibahas di dalam Dewan Rakyat.

"Saya akan sangat terkejut kalau kerajaan membenarkannya," katanya.

Jelas kelihatan pemimpin DAP kini tidak senang duduk apabila saman yang dilakukan oleh macai-macai mereka gagal menghalang Pas untuk membentangkan usul hukum hudud di Parlimen.

Mereka sanggup mengkritik dan menyifatkan ada agenda tersembunyi yang dilakukan oleh kerajaan jika usul yang dibawa Pas itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat kelak.

Rasanya tiada salah ataupun ada agenda yang tersembunyi jika kerajaan membenarkan usul tersebut dibentangkan kerana mana-mana Ahli Parlimen diberi kebenaran untuk membawa usul masing-masing, seperti yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini yang juga membawa beberapa usul ke dalam Parlimen.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment