Monday, November 02, 2015
Mahathir dan Tony Pua Dalang Sebenar Dalam Isu 1MDB
Selama ini isu 1MDB yang dibangkitkan sejak tahun 2010 oleh ahli
parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, takde siapa pun ambil peduli…
Semua buat bodoh je!
Tapi sejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buka je mulut
dan dengan lantangnya pertikaikan kemana hilangnya RM42bilion.. Terus
rakyat Malaysia dan ahli politik pembangkang yang lain kondem
pemerintahan kerajaan.
Mereka menuduh berlakunya pengelewengan dalam pemerintahan kerajaan.
Apabila hal ini berlaku, maka jelaslah bahawa isu yang menjadi
kontroversi hingga memecah belahkan perpaduan kaum sehingga hari ini,
dicetuskan sendiri oleh pemimpin yang dibanggakan negara suatu ketika
dahulu, Mahathir Mohamad.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden 1MDB, Arul Kanda berkata
kontroversi syarikat pelaburan negara, 1MDB itu telah berjaya mengaitkan
pelbagai pihak termasuklah mereka yang pernah berada dalam kerajaan.
Mereka ini juga turut mengambil kesempatan untuk mengkritik..
“Isu yang paling besar, seperti yang anda semua sedia maklum, adalah ketika Dr Mahathir mendakwa RM42 bilion hilang.
“Apabila Dr Mahathir dan mereka yang sebelum ini pernah berada dalam
kerajaan mula mengkritik, perkara ini menjadi bertambah besar dan
semakin kontroversi,” katanya
Kontroversi 1MDB tersebut berlarutan sehingga tercetusnya adegan cabar
mencabar dikalangan peminpin dan tidak kurang hebatnya berlaku
perbalahan dalam parti hingga timbul hura-hara dalam pemerintahan.
Pengaruh Mahathir suatu ketika dahulu bagaimanapun berjaya memperdaya
ahli politik yang lain supaya terus menerus berusaha untuk menjatuhkan
kerajaan. Mungkin cita-cita Mahathir adalah untuk menggulingkan
kerajaan, sebab tu dia sanggup mengungkit kembali isu yang sudah lapuk..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment