Monday, November 02, 2015

Kenapa Nazri Aziz Sanggup Jadi "Macai" Muhyiddin?

Rupa-rupanya Ahli Majlis Tetinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bercita-cita untuk menjadi orang suruhan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Nak jadi cacai paling setia mungkin.

Sebab itu lah Nazri berjanji bakal taat setia dan sanggup berkorban nyawa semata-mata demi mempertahankan Muhyiddin dari kerusi presiden parti yang dimilikinya tu sehinggalah pemilihan yang akan datang. Bukan main lagi berikrar bakal melakukan apa sahaja demi ‘tuannya’ itu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan turut memuji sikap terus terang yang dimiliki oleh Muhyiddin. Kononnya dalam sesuatu parti, perlu ada seseorang ‘pahawan’ yang bercanggah pendapat seperti bekas timbalan perdana menteri itu.

"Kami sepatutnya adakan mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini (30 Oktober). Tetapi dalam mesyuarat akan datang, saya akan bersuara. Saya akan usahakan terbaik supaya dia (Muhyiddin) tidak digantung.

"Sebagai sebuah parti yang bakal meraikan ulang tahun ke-70 tahun depan, kita mesti mempunyai ruang yang cukup untuk menerima pendapat yang berbeza," kata Nazri.

Nazri juga seolah-olah merayu kepada Umno supaya memberi peluang kepada Muhyiddin, dan dia sepatutnya dibiarkan kekal sebagai timbalan presiden parti sehingga tamat tarikh luputnya.

"Biarlah dia berkhidmat hingga tempoh penggalnya berakhir. Kemudian, saya akan minta Zahid (Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) untuk melawannya. Saya pasti Muhyiddin akan kalah," katanya.

Entah syaitan apa yang sudah merasuk Nazri sehingga dia sanggup bergadai maruah hingga begitu sekali. Mungkin dia tak tahu yang Muhyiddin bakal dikenakan tindakan tidak lama lagi.

Kalau la Nazri tahu yang Umno bakal menggantung Muhyiddin sebelum perhimpunan agung parti yang akan diadakan pada Disember depan. Mesti dia frust menonggengkan haha sebab tidak boleh banggakan tuannya. Namun berita tersebut masih lagi menjadi khabar angin dan belum pasti kesahihannya.

Kena buang atau tidak kena tunggu lah perhimpunan agung parti pada Disember depan..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment